nak tulis nak tulis!! tapi masa tiada....

BANYAK gile sebenarnya nak share ngan Cik ungu ni tapi susah sangat nak carik masa....masa itu emas....demi masa sesungguhnya manusia kerugian....huhu~~ sabar ye cik UNGU..dah banyak draft dalam handphone...nanti akan aku tuliskan perasaan2 aku di dadamu ok... :) miss u cik Ungu!

CINTA


Apakah erti cinta yang sebenarnya? apakah cinta harus pudar setelah bertahun-tahun bersama. . Apakah selepas beberapa tahun bersama, maka cinta juga tidak lagi mekar seperti dulu..

Mengapa kadangkala realiti Kehidupan kita tidak seindah dan secantik cerita yang dilihat di kaca tv. sampaikan rasanya lebih baik menonton tv dan berangan daripada menghadapi dunia sebenar yang menyakitkan.

Cinta itu kurniaan Yang Maha Esa. Entah mengapa, telah lama jiwa memupuk cinta tapi ianya terus pudar. Aku bimbang jikalau nanti ianya terus pudar dan hilang dibawa arus masa. Apalah gunanya jikalau komunikasi semakin hambar..hanya resah dan sunyi menghiasi hari-hari. Apalah ertinya jikalau cinta tidak perlu lagi disemai dalam diri..

Cinta, jikalau kamu sekejam itu aku tidak mahu langsung memilikimu. Biarlah aku tidak punya cinta. Sakitnya itu membunuh jiwaku secara perlahan..

p/s : I miss the old him ..











Sebatang pengilat bibir..dan nilai sebuah kejujuran.


Semalam adalah hari yang sangat meletihkan dan panas. Hari isnin. Tambahan pulak senggugut. Wah! Menarik sungguh pakej hari isninku ini tuan2 dan puan2 ye.. huhu..~~

Tapi apa yang ingin aku kongsikan dengan pembaca hari ini (errkk..ada pembaca ke?) bukanlah perihal senggugut atau Monday blues, tetapi ialah berkenaan dengan satu benda yang terjadi pada aku semalam.

Semalam, aku telah dihadiahkan sebatang pengilat bibir (atau lip gloss dalam bahase omputihnya) oleh seorang peniaga yang telah aku bantu dalam dia mendapatkan bazar di kampus ini. Mula-mula aku tolak tapi dia sangat beria-ia untuk memberi dan meletakkannya di tangan aku. Aku serba salah dan ambil juga kerana tidak mahu kecoh sangat di situ. (FYI, aku pegi kerja secalit mekap pun tak de di muka. Pucat lesi jer).

Lepas aje aku menerimanya, tiba-tiba sahaja aku dapat rasakan satu perasaan. Aku rasa di antara aku dan dia sudah tidak ada tembok pemisah lagi..aku rasa macam aku terima rasuah. Aku kan bekerja di di sebuah university islam, tak sepatutnya aku menerima sesuatu seperti itu biarpun katanya itu hanyalah hadiah..katanya lah….

Balik ke rumah, aku pandang lip gloss tersebut. Apakah nilai amanah yang diberikan pihak university kepada aku semurah sebatang lip gloss tersebut?. Apakah kredibiliti aku sebagai orang yang menjaga urusniaga di university ini hanya terletak pada pengilat bibir tersebut? Adakah dengan pemberian itu, dia mengharapkan agar selepas ini urusannya dengan aku akan lebih lancar? No way!

Tiba-tiba hatiku terasa sangat panas. Bukan aku marah pada dia tapi aku marah pada diri aku sendiri kerana aku tidak ada lebih ketegasan dalam menolak pemberiannya itu. Aku rasa aku tidak jujur. Apakah mata aku terlalu dikaburi oleh sebatang lip gloss yang melambak di pasaran dan aku mampu membelinya jikalau mahu. Sepuluh pun aku boleh membelinya!

Lip gloss itu kusimpan di dalam beg. Aku dah tak sanggup lagi merenungnya. Gambar pada lip gloss itu sendiri pun dah semacam mengejek aku. Fine! Aku akan pulangkan lip gloss tersebut dan aku berkata pada diri aku yang juga merupakan kata-kata daripada seseorang yang pernah memberi nasihat pada aku

“Hormatilah diri kita dahulu supaya orang akan hormati kita”


secebis rindu di petang hari...



Anak-anakku,
maafkan mama jikalau selama ini mama terlalu fikirkan dan pentingkan perihal yang lain dari anak-anak mama sendiri..

Anak-anakku,
Mama tidak sempurna menjadi seorang ibu yang baik tapi mama cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak mama.

anak-anak mama,
mungkin Mama belum cukup bersabar melayani kerenahmu..mungkin mama asyik memarahimu, mungkin mama sering saja meninggikan suara terhadapmu

namun, cuma satu ungkapan yang sering ada di dalam hati mama iaitu
'mama sangat sayangkanmu anak-anak mama'

Mama janji akan menjadi ibu yang baik untuk kamu!

Jumaat
14 Oct
(tak sabar tunggu weekend yea!)

Walau bagaimanapun, aku perlu berdepan dengan realiti ini.. ..


Selamat datang kesedihan.. aku sebenarnya tak nak lah berkira sangat kalau sekadar tekanan kecik-kecik tapi dah namanya pun tekanan, walaupun sedikit aku manusia jadi aku ada perasaan. Aku kadang2 macam tak dapat menerima tekanan dari pelbagai sudut yang kadang2 aku jadi bingung bagaimana untuk mengatasinya.
Demi keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, demi anak-anak yang aku sayangi, aku hadapi juga tekanan ini untuk mencari sesuap nasi buat meneruskan kehidupan ini. Inilah kehidupan. Tambah lagi aku yang belajar tak tinggi mana. Inilah yang harus aku hadapi. Aku cuma perlu kuat. Aku perlu harungi dengan ketabahan dan kesabaran yang Allah bekalkan di dalam dada aku. Demi amanah yang telah tergalas di bahu aku. Anak-anak aku. Itu yang paling utama. Itu yang perlu aku ingat setiap kali aku perlu bersedih dengan keadaan sekarang. Keadaan taklah segah namanya. Aku perlu hadapi realiti... aku perlu hadapinya walau apa cara sekalipun.

tolonglah...

tolonglah....aku dah berfikir macam-macam..banyak benda berada di dalam fikiran aku. ada yg positif dan ada yang negatif. sarat dan pelbagai. aku kadang-kadang rasa tidak mampu lagi untuk menahannya.tolonglah.....

i really hate GoSSipS!!!

Aku tahu, walau manapun kita kerja, gossip akan sentiasa ada. Orang tu salah, orang ni tak betul. Orang di sebelah timur tu buruk, orang di sebelah barat tu hodoh.. Hmph..actually, aku tak surprise pun bila benda-benda tu aku alami sejak aku masuk office baru nih. Aku dah mengalaminya bertahun-tahun..aku dah lali, dah imun!.sebab itulah aku tak hairan langsung. Aku akan segera angkat kaki apabila benda-benda macam tu menghiasi telinga aku ni. Bukan saja perempuan, malahan lelaki pun berkelakuan macam tu? oh please...i hate that!
Kerana dah terlalu lama mendengar gossip, aku decide bahawa itu semua adalah hiburan semata-mata. Selain ianya berdosa, ianya memutuskan silaturrahim dan menimbulkan kesedihan pada mangsanya. aku tahulah, aku pun pernah menjadi mangsa umpat keji orang..well, tak de hal pun. Aku ok jer..
Cuma aku tak nak orang-orang yang asyik bercakap nih menilai aku bila aku tak nak masuk campur hal-hal yang memburukkan orang dan membuka pekung di dada orang lain. Allah sahaja yang tahu apa yang aku lalui untuk sampai ke tahap ini. Bukannya mudah seperti orang lain jadi, aku tak mahu mencemarkannya dengan sesuatu yang seperti itu..
Aku bekerja kerana aku ikhlas dalam melakukannya. Aku bekerja demi untuk Maisara dan Damia. Aku perlukan duit untuk belikan diorang baju, susu dan bawak diorang berjalan hujung minggu. Diorang perlukan aku.! Jadi, tak siapa perlu memberitahu aku siapa yang buruk dan siapa yang tidak. Tak payah menilaikan seseorang itu untuk aku kerana aku sudah cukup dewasa untuk menilaikannya sendiri. Jangan ajar aku apa yang perlu aku buat kerana aku tahu apa yang aku lakukan. So, stop membebel! Cuma perlukan tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.. .. :)
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"