Buat Suami..
(Jawapan untuk lagu puisi 'Permata Untuk Isteriku')



Telah kusiapkan, satu daerah paling sunyi..
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri…

(Suamiku, aku gembira sekali menghuni hatimu,aku tenang dan bahagia sekali, namun aku tidak mahu terusan sunyi dan membunuh bahagia..aku wanita, jiwaku lebih halus dari jiwamu, aku punya perasaan, ingin sentiasa dirayumu, bukan hanya bersunyi-sunyi lalu sepi..)

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita..

(Suamiku, sesiapapun ingin memenuhi rumahtangga dengan kebahagiaan kemuliaan, namun kita sama-sama manusia, tidak lepas dalam melakukan kesilapan)

Untuk kau beri erti dengan kelembutan, untuk kau hargai dengan kasih-sayang..

(Suamiku,apalah ertinya jika setiap kelembutan dan penghargaan kau balas dengan sikap tidak endahmu? Aku tidak pinta harta yang melimpah ruah darimu, aku Cuma inginkan kasih sayang yang sentiasa mekar, dan tidak ada suramnya. Aku ingin sentiasa dirindu, didengari dan difahami jiwaku, wahai suami..)

Ku ingin kau jadi wanita mulia, yang tahu harga budi dan hati..seorang lelaki bernama suami..

(Suamiku, ampunkan aku jikalau selama ini aku tidak mentaatimu dengan sepenuh hatiku, aku tidak sempurna sebagai isterimu, bimbinglah aku, menjadi wanita mulia yang tahu hargai budi dan hati seorang lelaki bernama suami..)

Kerana kau Isteri.. ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan, yang kita janjikan, kerana kau isteriku…

(Suamiku, apakah dengan bergelar isterimu, aku tidak betah lagi mendengar keluh kesahmu? Tidak dapat lagi berkongsi dukamu? Kepayahanmu mengetuai bahtera perkahwinan ini? Mungkin aku tidak dapat membantu sepenuhnya namun aku dapat mengurangkan segala tekanan yang berada di bahumu. Adakah dengan menjadi permaisuri hatimu , hatiku perlu menjadi batu? Perasaanku harus beku? Percayalah suamiku, aku tidak melihat rupamu, aku tidak melihat hartamu, ku tahu kehidupan ini tidak mudah, namun aku bahagia sekali berada di sampingmu,aku rindu ingin berbual mesra denganmu seperti dulu, meniti hari dengan rindu dan tawamu, namun…tapi semua hilang….)





No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"