When i was s.t.r.e.s.s


Aku tak pandai tunjukkan stress aku dengan kata-kata. Abis-abis pun aku hanya berdiam diri dan memujuk hati sendiri. Aku pun tak pandai membabitkan orang lain ke dalam jiwa aku yang stresss seperti orang lain yang kebanyakannya suka marah orang lain yang tak bersalah semata-mata kerana dia stress. Aku masih mampu tersenyum.

Aku stress, aku suka diam dan meletakkan stress itu di sebelah kiri. Kewajipan aku pada Tuhan, kerja,suami, anak-anak dan sebagainya hakikat realiti di sebelah kanan. Bila selesai urusan sebelah kanan aku, baru aku selesaikan yang sebelah kiri.cara aku menguruskannya adalah dengan menulis di sini selepas aku berighstifar..kerana segala-galanya datang daripada DIA.

Aku mengakui sekarang aku sangat sangat sangat sangat lah stress. Dengan pekerjaan aku yang sekarang ni.Aku tak tahu nak ceritakan pada siapa sekiranya aku stress. Aku stress dan aku agak risau dengan tanggungjawab pada pekerjaan yang aku pikul sekarang ini. Tapi, aku sangat-sangat memerlukan pekerjaan ini. Aku sangat memerlukannya kerana kehidupan yang mendesak. Demi anak-anak yang tercinta. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah kurniakan aku lebih kesabaran dan kekuatan pada aku yang kerdil ini...Amin...


Buat Suami..
(Jawapan untuk lagu puisi 'Permata Untuk Isteriku')



Telah kusiapkan, satu daerah paling sunyi..
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri…

(Suamiku, aku gembira sekali menghuni hatimu,aku tenang dan bahagia sekali, namun aku tidak mahu terusan sunyi dan membunuh bahagia..aku wanita, jiwaku lebih halus dari jiwamu, aku punya perasaan, ingin sentiasa dirayumu, bukan hanya bersunyi-sunyi lalu sepi..)

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita..

(Suamiku, sesiapapun ingin memenuhi rumahtangga dengan kebahagiaan kemuliaan, namun kita sama-sama manusia, tidak lepas dalam melakukan kesilapan)

Untuk kau beri erti dengan kelembutan, untuk kau hargai dengan kasih-sayang..

(Suamiku,apalah ertinya jika setiap kelembutan dan penghargaan kau balas dengan sikap tidak endahmu? Aku tidak pinta harta yang melimpah ruah darimu, aku Cuma inginkan kasih sayang yang sentiasa mekar, dan tidak ada suramnya. Aku ingin sentiasa dirindu, didengari dan difahami jiwaku, wahai suami..)

Ku ingin kau jadi wanita mulia, yang tahu harga budi dan hati..seorang lelaki bernama suami..

(Suamiku, ampunkan aku jikalau selama ini aku tidak mentaatimu dengan sepenuh hatiku, aku tidak sempurna sebagai isterimu, bimbinglah aku, menjadi wanita mulia yang tahu hargai budi dan hati seorang lelaki bernama suami..)

Kerana kau Isteri.. ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan, yang kita janjikan, kerana kau isteriku…

(Suamiku, apakah dengan bergelar isterimu, aku tidak betah lagi mendengar keluh kesahmu? Tidak dapat lagi berkongsi dukamu? Kepayahanmu mengetuai bahtera perkahwinan ini? Mungkin aku tidak dapat membantu sepenuhnya namun aku dapat mengurangkan segala tekanan yang berada di bahumu. Adakah dengan menjadi permaisuri hatimu , hatiku perlu menjadi batu? Perasaanku harus beku? Percayalah suamiku, aku tidak melihat rupamu, aku tidak melihat hartamu, ku tahu kehidupan ini tidak mudah, namun aku bahagia sekali berada di sampingmu,aku rindu ingin berbual mesra denganmu seperti dulu, meniti hari dengan rindu dan tawamu, namun…tapi semua hilang….)





Sedikit Rumusan Sukaduka..


Terima kasih duka, kerana semalammu, sewaktu kamu hadir membalut di keseluruhan hatiku, seluruh tubuhku terbeban dengan beratnya kamu ..airmataku jatuh bak hujan yang menggila di subuh hari..dingin bak salju.

Duka, aku tidak pernah ingin mengusirmu, jauh sekali mengalukan mu, tapi aku redha dengan kedatanganmu, membuat aku berfikir siapakah sebenarnya aku..

Duka, ketika kamu semakin mencengkamku, datang Suka menyelamatkanku.. Suka datang lalu mengusirmu, Selamat datang Suka, aku insaf, aku pasrah, kerana aku sedar, betapa peritnya hidupku dengan Duka sebelum kedatangamu, hanya Allah dan aku sahaja yang tahu apa yang aku lalui sebelum engkau muncul di dalam diriku Suka..

Suka dan Duka, hampir sama tapi mereka langsung tidak serupa!
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"