Aduhai hati...



"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."


Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Bukan mudah aku mahu menjaga hati ini. Seolahnya seperti mengawal berjuta duri dari keluar menujah diri. Perit. Sangat perit!. Bagai dipanggang dengan api yang semarak membakar yang pada bila-bila masa sahaja akan membakar diri aku. Ku tahan. Dan usaha sendirian memujuknya namun kadangkala juga aku tewas kerana namanya juga aku ini manusia..


Aku berdoa. Menadah tangan memohon supaya DIA tak benci kepada aku di atas kegagalanku kadangkala menjaga hati. Kerana kadangkala aku ada penyakit hati. Aku lemah. Sangat lemah dalam mengawal hati.


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Surah Al Baqarah : 285]


Benar. ungkapan ini sangat-sangat menakutkan aku. Jenuh dan perit rasanya aku mendidik hati menjadi bersih.



Hatiku,



Ku merayu..jangan kau kotor dan busuk

jangan kau penuhi ronggamu dengan penyakit dengki, marah dan sombong

jangan kau kotori seluruh jasadku yang masih berdiri ini


kelak aku tidak mahu ianya memusnahkan diriku setelah aku berbaring nanti.


Hatiku..

Bantulah aku dan keluarkanlah yang indah-indah darimu.

Tebarkan yang wangi-wangi dari ronggamu

agar tiada hati yang lain yg akan sakit denganmu

supaya kuntuman senyum sentiasa lahir darimu




Aduhai hati..

Bantulah aku

Bantulah aku mendapat redha tuhanku

agar aku tidak dimurkai

dan aku sentiasa dirahmati..










No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"