Menjejak kembali kaki kota kenangan..



Kenangan yang sangat indah...ketika menjejak kembali ke tempat kelahiran, melihat monumen kenangan zaman kanak-kanak dan setiap keindahan rentetan perjalanan itu sangat indah untuk dikenang...


Kenangan.. .. hiduplah segar dalam jiwaku kerana berpandukan mu aku perbaiki diriku

kerana mu aku belajar tentang yang kedepan-kedepan itu..


terima kasih kenangan..zaman-zaman indah..walau tidak seindah mana memori silamku namun ianya masih bernama kenangan..



.. .. :-)).. ..

Luahan hati seorang aku..



Aku tak tahu bagaimana untuk mulakan..dah lama benda-benda ini bermain di fikiran aku..aku akui aku bukanlah baik ibarat malaikat yang langsung tidak membuat kesilapan..aku manusia..sudah pasti aku juga tidak terlepas dengan keterlanjuran kata dan perbuatan..


dalam kehidupan kita seharian, kita bangun waktu pagi mencari rezeki..luasnya bumi yang telah Allah hamparkan untuk kita supaya kita dapat manfaatkan dengan sebaiknya..rezeki yang telah Dia tentukan untuk kita..namun, dalam pada itu, Dia minta kita mengingatiNya barang seketika..walau sesibuk manapun Dia minta kita menyembahNya..supaya kita beringat kita hidup ini hanya seketika dan kita akan dijemputNya..


Tapi aku sedikit sedih..ye, memang aku bukan seorang yang baik namun aku cuba menjadi lebih baik. Aku sedih apa bila masih ada orang-orang yang aku sayang masih lalai dalam semua itu. Demi Allah, setiap hari aku berdoa pada Nya supaya pintu hati orang-orang yang aku sayangi dan cintai terbuka untuk menunaikan solat dan menutup aurat mereka. Menjadi muslim yang berkualiti. Kerana aku tahu Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Aku sentiasa yakin padaNya tidak kira lah samada aku diuji dengan sedikit atau banyak harta benda, manis atau pedihnya pengalaman hidup. Aku yakin Allah tidak pernah melupakan aku mahupun hamba-hambaNya yang lain.



Aku sayangi mereka-mereka yang aku cintai, sudah mestinya aku tidak mahu mereka semua mendapat azab Allah yang pedih. Aku pun berdoa supaya tidak ada dikalangan orang-orang yang aku cintai megalami kesusahan, kecelakaan ataupun kemalangan.


sebab itulah aku sedih..aku kadangkala menangis dalam diamku apabila orang yang aku cintai masih tidak dapat melakukannya. Aku sayang semua mereka. Malah seluruh raga ini memang mencintai dan menyayangi mereka..seperti mana seorang ibu yang tidak sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api, begitulah juga Allah tidak mahu kita masuk ke dalam api neraka. Aku yakin Allah maha pengasih. Aku harap supaya Allah bukakan pintu hati mereka untuk mentaatiNya dalam apa jua keadaan. susah atau senang. Kerana aku ingin aku dan mereka-mereka yang aku cintai berada di dalam satu rumah di dalam syurga. Insyaallah..kerana tidak mustahil kita boleh mendapatkannya.






Ya Allah,


terlalu besar kurniaan dan rahmatMu kepada kami,

terlalu sedikit amalan kami

ampunkan segala dosa-dosa kami

jauhkan kami dari azab api nerakamu

peliharailah keturunan kami

dari segala musibah

yang disebabkan oleh dosa-dosa lalu kami






Ya Allah,


pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu

jangan kau pandang kami dengan pandangan murkaMu

kerana kebodohan kami

kezaliman kami

kejahilan kami

Ampunkan kami dari segala kejahilan yang disebabkan oleh kebodohan kami






Ya Allah,


kasihanilah kami

jauhkan kami dari azabMu

bantulah kami dan tunjukilah kepada kami jalan yang lurus

jauhkan kami dari kesesatan setelah kau beikan kami hidayah.


amin...


semoga Allah sentisa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada aku dan orang-orang yang aku cintai..dan mereka terbuka hati untuk lebih mengenal Allah, Tuhan yang maha berkuasa di atas segalanya..Insyaallah...

yang baik itu dari Allah..dan yang buruk itu datang dari kejahilan,kezaliman dan kebodohan kita sendiri..amin..


M.a.R.a.H


Marah!! aku tak tahu macamana nak ekspressikan rasa marah itu..semenjak dua menjak ini aku asyik marah..aku marah...aku MARAHHHH!!!!! Entah bagaimana aku nak tulis kerana aku bukan seorang pemarah yang bersikap terburu2..aku tahu marah itu sebahagian dari api neraka dan manusia boleh hilang pertimbangan kerana marah. mungkin entry ini lebih bersifat luahan rasa marah yang lebih lembut dan sopan. hmph..
Pertama, aku marah!! hati aku sakit sangat kerana maruah aku macam dipersenda. kemudian kesalahan itu seolah2 aku pulak yang bersalah kemudian aku dibalas dengan kesombongan yang mencarik2 hati. aku cuba lupakan walaupun hati aku bagai ditikam2 dengan pisau tapi entahlag. selepas ini aku takkan bercakap lagi. Senyum pun tak payah lah!!!
kemuadian, MARAH yg dah bertahun2 aku simpan..marah yang aku ungkapkan seperti "terkadang aku sekuat karang terkadang aku lemah jatuh ke bumi". aku cuma minta dia memahami perasaan aku. memahami hak aku..itu aje...aku sedih dan kadang2 aku menangis sendiri. aku keliru. aku cuba sabar tapi di lubuk hati aku juga marah. aku takut Tuhan melaknati aku tapi dalam masa yang sama aku juga sedih dan marah. aku cuba memahami situasi dan rela berpayahan tapi kadang2 aku juga menangis akibat marah yang tak dapat terluahkan...terlalu banyak marah yang perlu aku simpan di dalam dada sampaikan aku rasa aku nak meletup. kalau iman aku tak kuat mahu aje aku goyah dan hanyut..entahlah...aku terlalu marah sampaikan aku rasa aku stop di sini kerana aku x dapat menulis akibat terlalu MARAH.




Mahu pulangkan...sila terima kembali tanpa perlu mengadili aku!!

Ye! aku dalam perancangan nak pulangkan sesuatu pada orang yang memberinya..kerana aku tidak pasti dia memberi kerana apa.. TTTTTTOOOOLLLOOONGGLAHH terima kembali hadiah ini ..dan jangan mengadili aku!!


Sekadar gambar hiasan...tidak ada kena mengena dengan entry ini :-P

Engkau menggangu Emosiku..tapi aku maafkanmu wahai orang yang cuba berkelakuan buruk padaku..



Aku x perlu tulis panjang2 kerana tajuk ini sahaja telah pun menjelaskan segalanya..aku maafkan..kerana aku juga ada SALAHnya..


Aku akan cuba perbaiki diri dan menjaga segalanya yang boleh mencetuskan perkara itu sekali lagi.. Moga Allah akan lindungi aku..dan memberkati setiap perjalanan hidupku..amin..
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"