Tertutup Buatmu (Zehra.. tabahlah!)


Sebelum Zehra menulis lebih lanjut, ingin Zehra tekankan pada dirinya sendiri bahawa kesalahan tidak perlu ditunding pada satu sudut,.. apabila terjadi musibah, dia perlu lihat diri sendiri..apakah punca terjadinya sesuatu seperti itu..

Dia akui.. dan dia mengaku bahawa dia alpa dalam menilai situasi. Dia buta dalam menilainya. Dia perlu lebih berhati-hati dan menilainya dengan mata hati..

Tidak boleh dia membenci dengan sekuat-kuat hatinya kerana luka akan bernanah dan duri masih tertinggal di dalam daging. Dia perlu memperbaiki diri dan tegas dengan tindakkannya supaya semua situasi seperti itu tidak akan kembali lagi. Tapi sungguh kasihan.. .. tanpa orang lain sedari hati Zehra sedih sekali.. dia menangis sendirian mengenangkan nasib dirinya selepas ini. Zehra ingin menjadi lebih baik dari masa lampaunya tapi sayang, sekali lagi Zehra diuji. Sudah nasib dirimu Zehra, tidak habis-habis diuji dengan sesuatu seperti ini. Dia akui, hidup bukan seperti drama-drama tv yang mudah dan indah.. bukan seperti layar perak yang semuanya ada tersedia.. dia perlu berusaha, tabah dan tekad.. tapi mengapa? Mengapa? Dia bertanya semula pada dirinya sendiri. Adakah ini silap yang datang dari dirinya juga??

Hati Zehra tawar, walaupun baru saja berbuanga harapan. Tangkai riangnya layu walaupun putik baru saja munculkan diri. Dia pasrah walau apa saja akan terjadi selepas ini. Kering sudah airmatanya yang tersembunyi. Namun Zehra tahu, hatinya tertutup langsung pada manusia yang menghiris hatinya. Memperkecilkan maruahnya. Rasa ingin disorok sahaja dirinya supaya tiada yang akan melihat dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.. .. tenangkan dirimu Zehra. Tidak guna kau menangis. Kau perlu bangkit dan tangkas tegas menolak segala ketidakjujuran mata manusia. Kau harus tabah dan tidak boleh lemah dalam menanganinya.. Zehra senyum dan lega walaupun di hatinya ada sedikit bimbang.. mampukah dia bertahan kerana dia hanya lah seorang wanita yang lemah?

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"