Ketidakjujuran hati dan senyuman yang tidak ikhlas.




Bersambung kisah Zehra..


Zehra takut. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya zehra pada ketidakjujuran hati manusia di sekelilingnya. Senyuman yang dilemparkan tidak ikhlas. Bibir cantiknya tersenyum tapi hati nuraninya menangis dan meratap sedih. Dia cuba tersenyum. Memaksa diri untuk bermanis di hadapan orang walaupun di depan manusia yang tidak jujur itu. Dia ingin mengembalikan pemberian dari manusia yang tidak jujur itu tapi entah bila masanya. Jikalau pemberian itu tidak ikhlas dari hati, dia ingin mengembalikan segalanya.

Zehra berpaling dari masa kini ke masa lalu. Dia bingung. Bagaimana dia harus jadi. Setiap kejujuran dan kemesraannya disalahtafsirkan oleh insan-insan di sekelilingnya. Dia seakan mahu menjerit pada dunia. Mahu memberitahu dunia bahawa dia sangat kecewa. Dia buntu dengan nasib dirinya. Dia tahu ini semua berpunca dari hatinya yang rapuh dan sangat lembut pada sebuah pandangan dan perhatian yang tidak baik.


Zehra cuba bangkit dari masa silam tapi bagaimana? Masa silamnya ada menari di depan mata malahan selalu ada di depannya!.


Zehra pasti.. kali ini dia perlu tekad dan berani kerana sudah cukuplah hatinya seringkali disakiti…

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"