Inilah harganya...



Melihat semula dan menyelusuri setiap keputusan yang dibuat, setiap ketelanjuran kata-kata dan perbuatan, seringkali seseorang itu terlupa dan terleka bahawa semua itu ada 'harga'nya.


Ada harga yang perlu dibayar sama ada dengan kegagalan atau kesedihan dan kemiskinan.


Yang pastinya, setiap kesenangan itu pemberian dari Dzat yang maha Agung! maha suci Mu Ya Rabb .. dan.. .. .. Dia berhak mengambilnya semula! kesenangan, keselesaan, dan juga kegembiraan kita...


Ada yang perlu dibayar dengan airmata... kesedihan dan kelelahan.. tidak boleh merungut pada harga yang telah ditetapkanNya..


Itulah sebabnya Dia mengurniakan kita AKAL! berbeza dengan makluk ciptaanNya yang lain. Itulah namanya Dugaan. Dia tidak akan timpakan Dugaan jikalau kita tidak mampu memikulnya. Dia penyayang. Dia pengasih. Lebih dari kasih sayang yang ada di dalam dunia fana ini.


Dia minta kita berfikir, menggunakan akal, menilai baik dan buruk, menyembahnya 5 kali sehari, 5 minit setiap kali, 25 minit sahaja sehari berbanding 23 jam 75 minit yang diberikannya kepada kita dalam sehari. Udara yang kita sedut, bumi nan terbentang luas dan segala keindahan, Dia berikan kita FREE! .Dia tidak minta kita bayar untuk setiap nafas yang dihela untuk kita meneruskan hidup. Setiap laranganya ada sebab! kita cuma perlu guna AKAL!. Setiap hukuman dan ketetapannya adalah relevan dengan kesalahan. kita hanya perlukan AKAL!. Setiap kejadian yang terjadi, musibah, putaran alam ini, ada sebab dan alasan saintifiknya, kita cuma gunakan AKAL! use your brain for FREE!!!


Tidak perlulah dirungkaikan mengapa kita perlu Solat 5 waktu sehari semalam kerana sudah ternyata kita bukan solat untuk kebaikanNya tapi kita solat untuk kebaikan diri kita, kesihatan dan secara tidak langsung ianya adalah makanan jiwa kerana dalam doa sudah disebutkan bahawa kita berserah segalanya pada Dia. Jikalau dia ingin memberikan pada kita, tidak ada satu kuasa yang mampu menahannya. Jikalau dia ingin mengambil sesuatu dari kita, tidak ada sesuatu pun yang mampu menghalangnya.


Hidayah Nya juga begitu. Terasa sungguh terharu melihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada seseorang manusia setelah Dia berikan hidayah. Dia masih berikan waktu untuk menyucikan segala kemungkaran yang telah kita lakukan.


Ku akui, setiap perbuatan ada harga yang perlu ditebus. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Dia sentiasa memberikan kita kebaikan. Namun kadangkala sebelum kita mencapai kebaikan, ada keburukan dan kesulitan yang harus kita hadapi.. yang pentingnya haruslah kita SYUKUR DAN SABAR..


"Dia tidak pernah menganiaya kita, sebaliknya kitalah yang menganiaya dan menzalimi diri kita sendiri"



No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"