Relevenkah aku tersenyum??



Ini adalah soalan untuk hari ini..














"Relevenkah aku tersenyum dan berpura-pura bahawa tak ada apa yang berlaku dan aku tak terasa apa-apa? " Hmph....

Ketidakjujuran hati dan senyuman yang tidak ikhlas.




Bersambung kisah Zehra..


Zehra takut. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya zehra pada ketidakjujuran hati manusia di sekelilingnya. Senyuman yang dilemparkan tidak ikhlas. Bibir cantiknya tersenyum tapi hati nuraninya menangis dan meratap sedih. Dia cuba tersenyum. Memaksa diri untuk bermanis di hadapan orang walaupun di depan manusia yang tidak jujur itu. Dia ingin mengembalikan pemberian dari manusia yang tidak jujur itu tapi entah bila masanya. Jikalau pemberian itu tidak ikhlas dari hati, dia ingin mengembalikan segalanya.

Zehra berpaling dari masa kini ke masa lalu. Dia bingung. Bagaimana dia harus jadi. Setiap kejujuran dan kemesraannya disalahtafsirkan oleh insan-insan di sekelilingnya. Dia seakan mahu menjerit pada dunia. Mahu memberitahu dunia bahawa dia sangat kecewa. Dia buntu dengan nasib dirinya. Dia tahu ini semua berpunca dari hatinya yang rapuh dan sangat lembut pada sebuah pandangan dan perhatian yang tidak baik.


Zehra cuba bangkit dari masa silam tapi bagaimana? Masa silamnya ada menari di depan mata malahan selalu ada di depannya!.


Zehra pasti.. kali ini dia perlu tekad dan berani kerana sudah cukuplah hatinya seringkali disakiti…

Aku Mahu Saiz M!!




Sekadar Gambar Hiasan jer.. :-P


Ohoh..kontroversi sungguh tajuk entri ini. .. memang dah lama nak tulis entri ini tapi malu.. malu sangat kerana saya nak pakai baju saiz M! (Saiz S memang tak boleh pakai kerana saya besar dan tinggi okeh!).



M= Medium Size. And I really2 want to pakai my old baju..before married punye baju huhu~~ tapi kalau tak usaha memang tak dapat jugak. I have to usaha huh.
Teringin sangat. Nak pakai baju cantik2 but…di hadapan suami sahaja..he he..nak suami saya tengok saya cantik..cun..cute..bla..bla..heheheh..kalau keluar tak bole la seksi2..Suami marah...Tuhan laaagggiii marah he he he…



Tapi kenapa? Kenapa makanan sangat sedap?? Kenapa? Bole tak sape2 masak tak sedap so I cannot eat too much!! Sedih tengok perut! Ooohh…sebab satunya juga adalah kerana tak bertungku masa pantang, malas pakai barut, malas pakai stoking. Ha ha this is the price that you have to pay.. G.E.M.U.K



Ha ha ha…. :-P










Inilah harganya...



Melihat semula dan menyelusuri setiap keputusan yang dibuat, setiap ketelanjuran kata-kata dan perbuatan, seringkali seseorang itu terlupa dan terleka bahawa semua itu ada 'harga'nya.


Ada harga yang perlu dibayar sama ada dengan kegagalan atau kesedihan dan kemiskinan.


Yang pastinya, setiap kesenangan itu pemberian dari Dzat yang maha Agung! maha suci Mu Ya Rabb .. dan.. .. .. Dia berhak mengambilnya semula! kesenangan, keselesaan, dan juga kegembiraan kita...


Ada yang perlu dibayar dengan airmata... kesedihan dan kelelahan.. tidak boleh merungut pada harga yang telah ditetapkanNya..


Itulah sebabnya Dia mengurniakan kita AKAL! berbeza dengan makluk ciptaanNya yang lain. Itulah namanya Dugaan. Dia tidak akan timpakan Dugaan jikalau kita tidak mampu memikulnya. Dia penyayang. Dia pengasih. Lebih dari kasih sayang yang ada di dalam dunia fana ini.


Dia minta kita berfikir, menggunakan akal, menilai baik dan buruk, menyembahnya 5 kali sehari, 5 minit setiap kali, 25 minit sahaja sehari berbanding 23 jam 75 minit yang diberikannya kepada kita dalam sehari. Udara yang kita sedut, bumi nan terbentang luas dan segala keindahan, Dia berikan kita FREE! .Dia tidak minta kita bayar untuk setiap nafas yang dihela untuk kita meneruskan hidup. Setiap laranganya ada sebab! kita cuma perlu guna AKAL!. Setiap hukuman dan ketetapannya adalah relevan dengan kesalahan. kita hanya perlukan AKAL!. Setiap kejadian yang terjadi, musibah, putaran alam ini, ada sebab dan alasan saintifiknya, kita cuma gunakan AKAL! use your brain for FREE!!!


Tidak perlulah dirungkaikan mengapa kita perlu Solat 5 waktu sehari semalam kerana sudah ternyata kita bukan solat untuk kebaikanNya tapi kita solat untuk kebaikan diri kita, kesihatan dan secara tidak langsung ianya adalah makanan jiwa kerana dalam doa sudah disebutkan bahawa kita berserah segalanya pada Dia. Jikalau dia ingin memberikan pada kita, tidak ada satu kuasa yang mampu menahannya. Jikalau dia ingin mengambil sesuatu dari kita, tidak ada sesuatu pun yang mampu menghalangnya.


Hidayah Nya juga begitu. Terasa sungguh terharu melihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada seseorang manusia setelah Dia berikan hidayah. Dia masih berikan waktu untuk menyucikan segala kemungkaran yang telah kita lakukan.


Ku akui, setiap perbuatan ada harga yang perlu ditebus. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Dia sentiasa memberikan kita kebaikan. Namun kadangkala sebelum kita mencapai kebaikan, ada keburukan dan kesulitan yang harus kita hadapi.. yang pentingnya haruslah kita SYUKUR DAN SABAR..


"Dia tidak pernah menganiaya kita, sebaliknya kitalah yang menganiaya dan menzalimi diri kita sendiri"



Tertutup Buatmu (Zehra.. tabahlah!)


Sebelum Zehra menulis lebih lanjut, ingin Zehra tekankan pada dirinya sendiri bahawa kesalahan tidak perlu ditunding pada satu sudut,.. apabila terjadi musibah, dia perlu lihat diri sendiri..apakah punca terjadinya sesuatu seperti itu..

Dia akui.. dan dia mengaku bahawa dia alpa dalam menilai situasi. Dia buta dalam menilainya. Dia perlu lebih berhati-hati dan menilainya dengan mata hati..

Tidak boleh dia membenci dengan sekuat-kuat hatinya kerana luka akan bernanah dan duri masih tertinggal di dalam daging. Dia perlu memperbaiki diri dan tegas dengan tindakkannya supaya semua situasi seperti itu tidak akan kembali lagi. Tapi sungguh kasihan.. .. tanpa orang lain sedari hati Zehra sedih sekali.. dia menangis sendirian mengenangkan nasib dirinya selepas ini. Zehra ingin menjadi lebih baik dari masa lampaunya tapi sayang, sekali lagi Zehra diuji. Sudah nasib dirimu Zehra, tidak habis-habis diuji dengan sesuatu seperti ini. Dia akui, hidup bukan seperti drama-drama tv yang mudah dan indah.. bukan seperti layar perak yang semuanya ada tersedia.. dia perlu berusaha, tabah dan tekad.. tapi mengapa? Mengapa? Dia bertanya semula pada dirinya sendiri. Adakah ini silap yang datang dari dirinya juga??

Hati Zehra tawar, walaupun baru saja berbuanga harapan. Tangkai riangnya layu walaupun putik baru saja munculkan diri. Dia pasrah walau apa saja akan terjadi selepas ini. Kering sudah airmatanya yang tersembunyi. Namun Zehra tahu, hatinya tertutup langsung pada manusia yang menghiris hatinya. Memperkecilkan maruahnya. Rasa ingin disorok sahaja dirinya supaya tiada yang akan melihat dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.. .. tenangkan dirimu Zehra. Tidak guna kau menangis. Kau perlu bangkit dan tangkas tegas menolak segala ketidakjujuran mata manusia. Kau harus tabah dan tidak boleh lemah dalam menanganinya.. Zehra senyum dan lega walaupun di hatinya ada sedikit bimbang.. mampukah dia bertahan kerana dia hanya lah seorang wanita yang lemah?

Subahanallah... ...






































Entah mengapa, saat ini, hari ini, waktu ini...aku kepingin dan mahu sangat pakai semacam ini.. namun aku masih belum tahu bagaimana mahu memulakannya...subahanallah...demi Mu ya Allah, aku bukan mahu mengenakannya kerana fesyen dan ikutan namun ianya untuk menjaga diriku...berilah daku petunjuk...






































k.e.r.j.a (Kenapa buat post ini saya pun tak tahu lorr...)




Actually, gambar di atas cuma gambar hiasan...bukannya saya tak suke kerja saya tapi cuma saya tak senyum cam tu masa buat keje ngeee....

kenapa kite kerja? sebab nak carik duit kan? ada ke orang kerja sebab nak cari pasal?? atau cari musuh? ada ke?

ok ok saya dah start merepek..bile fikiran kita runsing selalunya kite akan menulis benda2 nan merapu... .. .. .. patutnya bersyukur dengan apa yang ada...jangan mengeluh beb..dosa..kang tuhan tarik balik nikmat huh!

ok ok saya bukan tak suke kerja saya cuma mungkin kerja ni cam tak suke saya haaaaa....

owh.. .. .. camana saya nak describekan kalau tak ada orang paham dan TAHU?

ok ok untuk memuaskan hati sendiri, saya nak postkan gambar2 orang yg sedang bekerja... :-)


Ini bile orang dah bosan tahap gaban dengan keje.. ..

Ini plak mug orang yang workaholic, di mana kalu boss ternampak jer mug dia nih tersenyum lebar ler...yelah, MC2 pun keje hahahha. memang pekerja contoh!

Gambar orang yang suke ngan kerja dia..untung beb!


Yang ini memang sengal ha ha ha :-P



Sesuai utk orang gomen..err alamak hahahha



Work smart huh?

Hakikatnya, ramai orang sentiasa mencari kerja


Dengan penuh harapan ... ...

Gigih 'menjual diri'


Tapi kite selalu nampak "yang ini" kann?? Seriusly, mana-mana pun ada..


Memang, kadang2 manusia susah sangat nak bersyukur dan merungut sana-sini.. hmph...renungkanlah...

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"