Catatan emosi hari ini (16/05/2011)

Baiklah, aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa catatan yang bukan berupa puisi..terasanya mahu juga meluahkan sesuatu tanpa kiasan. Kadangkala lemas juga dengan alunan bahasa nan tersirat. Namun apakan daya memang itu cara penulisanku huhu~~

Apa yang ingin ku tuliskan di sini adalah tentang kehidupanku yang sudah jauh berubah dari dulu. Satu hari setelah duduk di ruanng menunggu bangunan tempat bertugasku, aku semacam tersentak, aku seakan tersedar dari lamunan yang panjang bahawa aku telah jauh tinggalkan kebiasaanku dulu..banyak benda baru yang perlu aku pelajari dari asasnya dan yang paling penting membina emosi yang kadangkala ok kadangkala tidak.. :-(

Pertamanya, emosi yang melibatkan aku mengambil keputusan drastik sikit masa dahulu. Aku mendoakan yang baik-baik sahaja. Tidak berniat menyesali segala yang telah berlalu. Semuanya telah direncana oleh yang MAHA ESA. Aku sebagai manusia haruslah redha dengan segala ketentuanNYA. Oppss ok ok aku tak nak tulis bahasa kiasan..straight to the pointttt…he he

Keduanya, tentang hubungan rohani yang harus aku atur satu persatu dengan orang2 sekeliling..banyak yang perlu aku kaji dan selidiki supayanya tiada yang terlanjur lakuku.ooohh aku akui susahnya membina perhubungan baru..letih huh!

Ketiganya, cara aku membawa diriku….ini agak sensitive..aku tak mahu mereka menyalah tafsirkan setiap apa yg keluar dari mulut ku, kelakuanku… aku resah..resah dengan penerimaan mereka..aku tidak mahu mengeruhkan sesuatu yang mesra dan harmoni.. aku adalah aku yang dulu..aku takut kesilapan lalu akan berulang kembali. Aku cuba memahami setiap penafsiran yang dilontarkan kepada aku namun aku tidak punya jawapan yang tepat dan jelas..aku cuba berlagak seperti biasa tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa TAKUTnya aku… aku tahu tak siapa pun faham kerana semua ini hanya ada dalam hatiku..nantilah lepas ni aku ingin coretkan kisah ini dalam puisi..

Siapa yang ingin beremosi begini selalu? Tak siapa pun..semua orang nak gembira, semua orang nak BAHAGIA! Aku pun! Aku masih cuba meraih dan memperbaiki apa yang kurang dari aku. Aku cuba bersangka baik dan sayang menyayangi sesama makhluk. Buang segala yang hitam di dalam hati, tinggalkan yang putih dan jernih. Perbaiki perhubungan denganNYA, walaupun kadangkala aku risau jikalau hati ini tidak lagi ingat padaNYA..

Tafsirlah apa saja kerana yang pastinya aku semakin takut menghadapi reality yang mencabar dan menguji keimananku…

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"