Kisah Tukar Emas

Walaupun gelang ditukar, tapi CINTA ku padamu tak dapat ditukar lah ayang...huhu...

Entry ini sebenarnya tak relevan pun untuk ditulis tapi hati cam rasa meronta2 ler plak nak tulis jugak nak tulis jugak!! ngeee...
tajuknya di atas ni simple jer sebenarnya..aku just nak tulis tentang gelang perkahwinan ku...uhuk uhuk!! sedihhh ooo

masa aku menamatkan zaman kanak-kanak 5 tahun nan lalu, masa membatalkan air sembahyang tu, dapat la sebentuk cincin, seutas rantai leher dan seutas rantai tangan... tapi, dua tahun pertama tu, rantai tangan aku tu, buahnya nan berjuntai2 bentuk love tu jatuh, memula satu, peh tu dua..dan yang paling sadisnya, akhirnya putus... aku sedih bangat deh.. beberapa kedai gak aku tanya kalu boleh repair balik tapi takde kedai yang sanggup repair kerana kecederaannya parah..huhu

tetiba semalam, aku teringin sangat nak pakai dan ku suarakan pada encik suami dan beliau memberi idea supaya aku ke kedai emas sekali lagi untuk bertanya kan tentang membaiki kerosakan tersebut.

pergi la kitorang ke kedai emas...pun sama gak orang kedai tu kata "Tak boleh maa...nanti aa..kalu kite buat aa..sama jugak loo...nanti jatuh jugak itu buah, banyak lugi..kite bole buat..tapi kene caj satu latus lima puluh. but no guarantee. baik lu tukar saja maa..." ngee...frustnya akuh!

akhirnya aku tanya lah pada encik suami adakah aku boleh menukarnya??? huhuhuhuhu...encik suami kata terpulanglah..hati aku berat sebenarnya..aku SAYANG sangat kat gelang tangan tu tapi nak wat camana...memang parah dah keadannya..nak repair pun tak berbaloi..

akhirnya, setelah ditambah tolak darab bahagi dan sampai boring amoi kedai tu layan aku, aku pun tukar la dengan gelang tangan yang lain...cun jugak tapi...kenangan dengan gelang tangan pemberian suami tersayang tu amatlah diingati.. :-(

ha ha emo kan aku dengan gelang emas tu he he ...ntah la rasanya barang tu amat sentimental..dan aku harap, cincin dan rantai leher aku sihat walafiat dan sejahtera selalu...

Sedih gak aku sampai terbawak2 ke kereta. berat hati tapi terpaksa..encik suami kata, takpelah, bukannya mama jual, mama tukar je kan.... lagipun rantai ngan cincin kan ok lagi... ishhh love you lah encik suami! heheheheh

Lama-kelamaan aku terpikir, yelah, aku tukar gelang je pun bukannya TUKAR SUAMI.. ...he he he Gile!

p/s: dapat subang mutiara hadiah dari kedai emas tu ...cun gak ngeh ngeh ngeh...

R.e.s.a.h








aku...


bagai menanti pasti


kala buih-buih resah dan tak pasti membanjiri hati






aku..terlalu impi pada angin impian sejati


tanpa perlu bersusah hadapi realiti




aku..


asyik benar mencari bakti


dan tidakkan segala nafi







aku..., aku resah pada sesuatu yang belum benar-benar pasti


aku menghirup nafas payah setelah udara nyaman ku nikmati



mungkin..mungkin aku perlu hadapi.. tanpa resah dan sakit hati ...






SSyyyhhh.... : - )




















Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]












Diam bukan mengalah

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.



Buat yg biasa-biasa saja okeh!!


ok ok...catatan kali ini langsung tidak emosional sebaliknya lebih rasional setelah melalui tempoh2 bertenang.. thanks to my "Cik Ungu' yang setia memahami coretan2 emosional yang kadang2 macam merapu pun ada jugak walaupun Cik Ungu bisu namun dia pendengar setia..

Tajuk seperti di atas ini bukan kene mengena dengan apa2 yang mengganggu emosi cuma tajuk itu berkaitan dengan posting ini aje (huh! kan aku dah cakap aku ni tak reti tulis benda tersurat...nampak cam merepek) haa haha...

Aku dah ok. ala...tak ada guna melayan benda yang boleh buat fikiran kita kusut. kalau rambut kusut takpe jangan fikiran kusut hmph...

Lepas ni aku akan tulis entry yang tersirat jer... mungkin memang aku tak reti nak luahkan secara terbuka kot...

p/s : rasa nak pergi melihat kehijauan alam dan birunya air di laut huhu~!~

tambahan catatan emosi hari ini (kali ini memang sangat beremosi)

Entahlah! Aku sebenarnya tak tahu apa yang nak aku emosikan kerana aku tidak tahu dengan tepat apa yang perlu aku emosikan sangat. ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS! aku tahu salah tafsiran org pada aku (walaupun aku lambat sangat pikap dengan apa yang cuba diberitahu)

Kata orang jangan main dengan api nanti bakar diri sendiri...APA SALAH AKU?

Aku minta maaf jikalau kelakuan aku sangat2 mengganggu gugat emosi orang lain.

Aku tak pernah bermaksud apa2 selain dari ikhlas berkawan dan berbudi.. kenapa benda2 macam ni boleh terjadi?? Lepas aku lari dari situasi beremosi lalu aku harus lalui situasi beremosi sekali lagi??? banyak sangat ke emosi yg aku nak kene tanggung dalam setahun?

Maaflah...mungkin aku perlu tukar diri aku. jadi orang lain! Jadi manusia yang kaku dan tidak sensitif. Jadi manusia yang keras hati dan tidak peduli.. hah? kenapa kerut2 muke plak?? korang yg baca pun beremosi gak ke? huh!

Catatan emosi hari ini (16/05/2011)

Baiklah, aku mengambil keputusan untuk membuat beberapa catatan yang bukan berupa puisi..terasanya mahu juga meluahkan sesuatu tanpa kiasan. Kadangkala lemas juga dengan alunan bahasa nan tersirat. Namun apakan daya memang itu cara penulisanku huhu~~

Apa yang ingin ku tuliskan di sini adalah tentang kehidupanku yang sudah jauh berubah dari dulu. Satu hari setelah duduk di ruanng menunggu bangunan tempat bertugasku, aku semacam tersentak, aku seakan tersedar dari lamunan yang panjang bahawa aku telah jauh tinggalkan kebiasaanku dulu..banyak benda baru yang perlu aku pelajari dari asasnya dan yang paling penting membina emosi yang kadangkala ok kadangkala tidak.. :-(

Pertamanya, emosi yang melibatkan aku mengambil keputusan drastik sikit masa dahulu. Aku mendoakan yang baik-baik sahaja. Tidak berniat menyesali segala yang telah berlalu. Semuanya telah direncana oleh yang MAHA ESA. Aku sebagai manusia haruslah redha dengan segala ketentuanNYA. Oppss ok ok aku tak nak tulis bahasa kiasan..straight to the pointttt…he he

Keduanya, tentang hubungan rohani yang harus aku atur satu persatu dengan orang2 sekeliling..banyak yang perlu aku kaji dan selidiki supayanya tiada yang terlanjur lakuku.ooohh aku akui susahnya membina perhubungan baru..letih huh!

Ketiganya, cara aku membawa diriku….ini agak sensitive..aku tak mahu mereka menyalah tafsirkan setiap apa yg keluar dari mulut ku, kelakuanku… aku resah..resah dengan penerimaan mereka..aku tidak mahu mengeruhkan sesuatu yang mesra dan harmoni.. aku adalah aku yang dulu..aku takut kesilapan lalu akan berulang kembali. Aku cuba memahami setiap penafsiran yang dilontarkan kepada aku namun aku tidak punya jawapan yang tepat dan jelas..aku cuba berlagak seperti biasa tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa TAKUTnya aku… aku tahu tak siapa pun faham kerana semua ini hanya ada dalam hatiku..nantilah lepas ni aku ingin coretkan kisah ini dalam puisi..

Siapa yang ingin beremosi begini selalu? Tak siapa pun..semua orang nak gembira, semua orang nak BAHAGIA! Aku pun! Aku masih cuba meraih dan memperbaiki apa yang kurang dari aku. Aku cuba bersangka baik dan sayang menyayangi sesama makhluk. Buang segala yang hitam di dalam hati, tinggalkan yang putih dan jernih. Perbaiki perhubungan denganNYA, walaupun kadangkala aku risau jikalau hati ini tidak lagi ingat padaNYA..

Tafsirlah apa saja kerana yang pastinya aku semakin takut menghadapi reality yang mencabar dan menguji keimananku…

..mencari diri..mencari erti...


Sebenarnya aku masih belum lagi menemui diri..memang, pengakuan agak berani tapi terus terang aku katakan bahawa aku belum sepenuhnya mengenali siapa diri aku..kerana aku selalu sahaja hampir-hampir tercondong pada sesuatu yang tidak sepatutnya aku lakukan..

aku ada banyak kemahuan sehinggakan kadang-kadang aku rasa aku tamak dan tidak adil. Aku selalu berfikir dan tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Pengalaman itu satu pengajaran...aku sering berasa terpenjara dan terkurung dalam rasa seperti ini apabila aku tidak berpeluang berkata benar.banyak sangat hati yang nak dijaga. Banyak sangat marah yang nak disimpan dengan berhati-hati dan banyak sangat airmata yang perlu ditahan-tahan..YA ALLAH, bantulah aku..tetapkan apa saja yang terbaik untukku..aku lemah,aku manusia biasa, aku memerlukanMU..

Aku lupa dan alpa dengan kesilapan dulu yang membuatkan aku hilang segalanya, terdampar di satu sudut yang tak pasti...tapi ENGKAU masih bersama ku...mendengar keluh kesahku..ENGKAU tidak pernah jemu..

Ya ALLAH,
bantulah aku dalam menjaga diriku..menjaga hatiku
jangan sampai hatiku menjadi keras dan hitam hanya kerana menurutkan nafsu..

Ya ALLAH
bantulah aku dalam menjaga seluruh pancainderaku,
jangan biarkan mulutku berkata perkara yang tidak benar,
jangan sampai mataku memandang yang pada yang bukan hakku
jangan berikan peluang pada telingaku untuk mendengar pada yang palsu
jangan langsung kakiku dibiar menjejak lumpur noda sekali lagi..
...tolonglah..aku merayu supaya tidak menyentuh segala kekotoran yang cuba menempel di pakaian takwaku..dengan kasih sayangMU..bersihkan hatiku..

Ya Rabb,
terlalu banyak permintaanku..
aku menjadi malu dengan segala permintaan ku apabila ku kenang kembali buruk masa silamku

Ya Tuhanku,
Terus-terusan ingin ku dekat denganMU..memperbaiki segala yang kurang dan goyah.. berikan aku kekuatan..itu yang selalu ku damba dariMu ..aku perlukan kekuatan dan redhaMU..amin...
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"