Jika ALLAH tak sayangkan saya..


(Entry ini ditulis ketika aku menonton drama 'Nahi Mungkar' di kaca TV..ceritanya memang menyentuh hati, kisah seorang lelaki yang menyuapkan nasi ke mulut anak dan isteri dengan rezeki yang haram..kerana dia merampas harta dari sepasang suami isteri yang mengamanahkan dia untuk menjaga ladang kambing... akhirnya dia ditimba berbagai bencana..pentingnya kita mencari rezeki dari sumber yang halal.. SUBAHANALLAH..: -) )

Jika ALLAH tak sayangkan saya..
mungkin kelam dan hitam terus mata hatiku dengan noda dan nafsu..

Jika ALLAH tak sayangkan saya..
memang tiada dugaan dan ujian yang menguji keimanan..
walaupun tika itu tipis sekali keimananku untuk hari akhirat
kerana besar sekali untuk serakah dunia menutupnya..

Jika ALLAH tak sayangkan saya..
musnah terus jiwa ini..langsung direntap dengan kasarnya..
petanda hati ku keras bak batu..hitam pekat bertampuk-tampuk dosa lalu..
walau telah diberi petunjuk dan kasih sayang..

Jika ALLAH tak sayangkan saya..
tiadalah peluangku untuk bersimpuh di hadapannya..
menangis dan kesal..
takut pada pandangan murka MU ya tuhanku..

Aku tahu ALLAH sayangkan aku kerana DIA
MAHA PENGAMPUN
lagi MAHA PENYAYANG...
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"