..ku tinggalkan hari kelmarin..


selamat tinggal kelmarin..kerana aku harapkan hari esokku..aku rindukan damai masa depanku..janganlah ia kelam dan kekal kesal seperti masa laluku.. kenangan yang terpahat sungguh payah untuk ku kikis kembali dari sudut fikirku.. insan-insan di sekelilingku amat ku hargai setiap masa mereka denganku sehinggakan tidak sanggup lagi aku tatap setiap senyum yang menatapku kerana aku tidak mahu menjadi rindu..

selamat tinggal masa laluku.. aku tidak mahu lagi mengulangi kesilapan silamku... membiarkan dunia sepi dengan illusi yang aku ciptakan sendiri dengan emosi..emosi dan berterusan dengan emosi..
selamat datang dunia baruku walaupun aku langsung tidak nampak bayangnya di hadapan ku, mahupun kiri dan kananku kerana aku sendiri tidak tahu...
hanya tawa ria nan manja permat hatiku mengubat setiap lara yang terbelenggu di setiap sarafku..aku tidak tahu bagaimana untuk memberitahu dunia tentang kelam setiap pemikiranku dengan samar-samar hitam yang masih ada di kelopak mataku..

Rindu.....biarkan ia hilang diusir angin lalu...kenangan lalu hanya pengajaran dan pembantu untuk aku memperbaiki diriku...jangan pernah mataku menangis kerana aku tidak mahu tangiskan pada sesuatu yang merugikanku..aku hanya ingin menangis di hadapan NYA.. membisik setiap salah lakuku..memohon belas dan kasih sayang NYA..kerana DIA lah temanku di waktu ini..

..Bicara Pada Titik Hitam..


Ada sebuah kisah...kisah di mana, Hati menjadi buta dan jiwanya langsung tuli..
Walau ada terang, masih tetap mendamba gelap
Walau ada wangi, masih juga kepingin yang tengik berbau..
keras..keras sungguh tembok nafsu.
...hingga sinar sering terhalang..
Bagaikan kehilangan bicara, tatkala keresahan gelap mengaburi,
Hanya titik hitam yang asyik menari..
menghantui hati yang sedang menangis.
masa....andai dapat diputarnya, ingin sekali dia menghentikan babak-babak episod hitam dan kelam yang merenggut tenang malamnya..
begitu ingin juga dia memijak-mijak dan menghempas-hempas kejahilan yang menggugat cahaya siangnya..


Di Saat Aku Menjadikan Semuanya Sukar ...


Kenapa?

sebenarnya hanya ada satu soalan pendek sahaja di hatiku... kenapa aku selalu menjadikan sesuatu itu sukar sedangkan tiada apa yang sukar.. hanya aku yang menjadikan ianya sukar dan semakin sukar..hmph..

Jangan Berani bertapak di hatiku (Buat perasaan ini)







Sebelum coretan ini ditulis, berhempas pulas aku menahan diri dari merasa benci pada diriku. Aku tahu apakah makna perasaan yang terselit di lubuk hatiku. sebab itu aku benci.. aku ingin mengusir jauh perasaan yang tidak ada gunanya untuk ku simpankan. Jangan pernah biar parah setiap apa terbuku. Terlalu banyak yang terbuku. Aku sendiri tidak tahu dari mana harus aku mulakan. Aku benci dengan prasangka-prasangka yang lama bertapak di hatiku.

Telah jenuh ku didik hati. Makin ku didik makin ia menguji. Makin ku usir nampaknya semakin ia dekat menghampiri. Berikan aku ruang untuk bernafas suci. Sucikan hati dan juga diri. Ku tolak dan ku tolak setiap jarum benci yang boleh menghapus sucinya hati.

Yang terpendam biarkan terpendam. Tidak perlu aku huraikan maksudnya satu persatu..
Jauhkan aku pada resah yang sering mengganggu malam-malamku..
agar tidak runtuh pegangan ku pada redup sinar-NYA..
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"