kisah seorang pekerja biasa-biasa aje..


Ini bukan kisah dongeng, telah diceritakan seorang insan lara yang tertekan dengan kerjanya. Bunyinya seperti merungut namun setelah didengari sebetulnya dia cuma ingin luahkan perasaan..

setelah aku mencanai setiap butir bicaranya aku terfikir sesuatu..

IKHLAS ..ye, memang perlu sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan tetapi, kadang-kadang walaupun sesetengah hati sering benar ikhlas, namun kadang-kadang hati asyik terluka.

Kalau mereka tidak mahu dileteri, begitu juga insan lara itu..
kalau mereka tidak mahu diperlakukan seperti hamba abdi, begitu juga insan lara itu..
kalau mereka tidak suka dipersendakan, begitulah juga insan lara itu..

kalau ditanya pada hati, memang hati sering berkata ikhlas..tidak boleh merungut untuk keberkatan rezeki kelak,

namun, jauh sangat dari lubuk hati, jauh nun di sana, kadang-kadang rasa terhina bila diperlakukan seperti itu..

setelah selesai insan lara mencurahkan perasaan, aku semakin memahami bahawa itu semua bagaikan satu tradisi dan kebiasaan..YANG BESAR DISAYANGI, yang kecil bagaikan biasa-biasa aje..leterkan saja...marahkan saja..mereka bukan siapa-siapa..cuma buat benda-benda kecil dan remeh..ilmu? jauh sekali tajamnya..tapi, walau siapa pun mereka, walau sekecil manapun, namun hormatilah mereka sebagai seorang manusia yang punya HATI DAN PERASAAN..

Insan lara itu baik orangnya, aku tahu, simpatiku menebal namun apakan daya...aku juga pekerja biasa-biasa... :-)

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"