Dealova



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


Catatan Emosional (Talking to myself)

Beberapa hari ini aku sangat emosional..dan sangat cepat berasa kasihan..aku emosional dan hampir menangis melihat apa2 saja yang meruntun perasaan. Aku berasa simpati pada operator2 yang tidak Berjaya mendapat bazar di sini. Aku sedih dan sayu dengan rayuan mereka yang mengatakan itu sahajalah mata pencarian mereka.

Kadang2 aku tegas. Aku hanya berjalan di sini apabila melakukan pemeriksaan sahaja dan selebihnya aku lebih rela ikut jalan jauh untuk pergi makan dari terserempak dengan mereka.

Tapi kadang-kadang aku berasa sangat simpati..tambahan pada ibu-ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya..YA ALLAH, jikalau aku punya lebih kuasa di sini, aku akan membanyakkan peluang mereka untuk berniaga di sini..tapi apalah dayaku,..permohonan terlalu banyak dan ruang sangat terhad.

Aku sedih tapi aku buat-buat tak sedih pun. Kadangkala aku bertanya pada diri sendiri, “apakah ini normal untuk aku?” ataupun aku Cuma beremosi berlebihan dan hanya ingin menempatkan emosi di dada aku..oh my…


Rindu................... :)




Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

( Tak dapat lagi nak menulis..huhu~~ rinduuuu....)









Hobi baru



Aku dah ada hobi baru iaitu beli tudung bawal kosong dan jahit aksesori di sekelilingnya. Aku tahu jahitan aku tak kemas sebab aku mana pandai menjahit hehe..membebel pandai lah. :P

Encik suami ada Tanya kenapa aku tak jual hasil jahitan tangan aku tapi, aku bagitahu dia bahawa aku tak konfiden sebab jahitan aku tak kemas.

So, aku Cuma jahit buat seronok-seronok je..lagipun aku ni malas orangnye heheh..

:P

aku ingin terbang...menjelajah langit biru....azam 2012..










wahhh..tak lama lagi 2012 bakal menjelma...ada banyak yang ingin aku lakukan pada tahun 2012 ini...(Jika diizinkan Allah) :)

di sini ada beberapa list untuk tahun depan punye misi..

1. (yang paling utama) - Menambah ahli keluarga.... :)
2. Kukuhkan kedudukan aku dalam karier sekarang...berusaha untuk terus berjaya, mencapai
point dan juga seterusnya, sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri...
3. Usaha nak mintak untuk sambung belajar....sambung belajar...meluap2 plak rasa nak belajar
lagi.. (maybe kene tunggu lagi 2-3 tahun...takpe...try dulu)
4. Ingin menghadiri sebanyak mana majlis2 ilmu samada di university ataupun luar..(takmo
ponteng tazkirah) he he he...
5. ingin menjadi ibu yang lebih baik dan isteri yang baik... terutama pelajaran maisara...
6. err..issh malu..nak kuruskan badan he he he...
7. Aku nak rajinkan diri membaca Al-Quran. Sehari sehelai pun jadilah dan berazam tak mahu
tinggal baca Surah Al-Mulk sebelum tidur.
8. Nak try saving skit2 kat tabung haji..aku nakpergi haji..aku nak jadi tetamu Allah.. :)

Tapi yang pentingnya, aku ingin jadi insan yang lebih baik..disayangi orang sekeliling,ikhlas dalam beribadah, bekerja, menjaga pancaindera aku.. lupakan kisah pahit yang dah berlalu..seperti yang selalu aku katakan pada diri aku, "Aku bukan yang terbaik namun aku berusaha untuk jadi lebih baik"

Semoga rezeki aku dikurniakan Allah dengan lebih keberkatan dan menjadikan aku hamba yang sering bersyukur di atas rahmatnya.

Allah maha Besar


Salam..
semalam aku telah membuat posting tentang pemergian Pak Habib dan pagi ini aku dapat pula berita tentang pemergian Rara Zikry, seorang remaja berusia 23 tahun yang telah terlantar setahun lebih akibat penyakitnya. Honestly, aku sendiri tak kenal siapa dia. Dia hanyalah seorang gadis cantik yang belajar di University Lim Kok Wing..ini serba sedikit berkenaan dia yang aku copy paste dari sebuah blog
On 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for breeze walking dekat area Mahkamah Shah Alam. Tengah enjoy cycling out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah.

Sedih. Memang sedih. Allah menguji dia, menguji ahli keluarganya, menguji masyarakat yang melihat penderitaan dia. (Aku tak nak letakkan gambarnya di sini di atas sebab2 yang tertentu dan jikalau siapa2 nak tengok rupa dia silalah google sendiri tapi yg pasti bukan aku siarkan di blog ini). Apa yang aku ingin tuliskan ialah masih lagi tentang perasaan aku selama dua hari ini..tentang ajal, tentang janji Allah pada kita. Memang menyayat hati kerana gadis cantik itu pergi dalam usia yang muda. Kematian akan tiba pada sesiapa sahaja apabila sudah sampai ajalnya.tidak kiralah berapa umur kita, apa yang kita sedang lakukan, bersedia ataupun tidak, adakah kita dapat mencapai apa yang kita inginkan,. Hanyalah amalan yang dibawa bersama…dan seterusnya sepi…kita terpisah dengan dunia yang fana ini, dengan yang kita sayangi…air mata aku tumpah ketika menulis blog ini dua hari berturut-turut. Betapa aku menginsafi diri aku sendiri..betapa aku menyesali akan kejahilan dan kebodohan diri aku sendiri..dan yang penting betapa BERSYUKURNYA aku diberikan peluang oleh Allah untuk BERTAUBAT..

Terima kasih Ya Allah atas kesempatan dan ruang yang Engkau berikan kepada aku untuk memohon keampunanMU..jikalau Kau mahu, Kau boleh sahaja mengambil nyawaku ketika aku sedang melakukan berdosa. Namun Kau memberi aku dugaan. Hanya sedikit dugaan yang sangat-sangat mendugaku dan membuatkan aku sedar, aku menginsafi kesilapan lalu.

Di kesempatan ini, aku dengan merendah diri, memaafkan apa saja kesalahan orang lain terhadap aku. Kerana aku akui, mereka yang bersalah dengan aku juga adalah makhluk Allah yang bersifat lemah seperti aku. Dan aku juga memohon kemaafan jikalau ada yang terguris dengan kelakuanku..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah….
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Zarith Nadhirah Bt. Zikry. Semoga Rohnya dicucuri rahmat yang maha Esa. Dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..


Bila Waktu Telah Berakhir..( Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali)



1 Dec 2011

Hari ini seluruh warga Universiti dikejutkan dengan pemergian salah seorang katerer yang sering menyediakan makanan di setiap function yang diadakan oleh Universiti..

Aku akui bahawa aku kurang mengenali arwah Pak Habib. Kerana aku bukan berurusan dengan katerer. Yang banyak berurusan dengan beliau ialah budak-budak FBO. Mungkin aku cuma pernah nampak dia kalau datang meeting di sini.

Namun, apa yang ingin aku tuliskan di sini ialah cara pemergiannya yang aku rasa itu adalah sesuatu yang menginsafkan aku secara peribadi. Dia pergi meninggalkan dunia yang fana ini pada pukul 6.00 pagi. Di keheningan pagi, Izrail datang melakukan suruhan Allah. Arwah hanya demam biasa sahaja. Arwah seorang yang sihat.

Aku insaf kerana kematian boleh menjelma bila-bila masa sahaja. dah sering kita baca dan dengar bahawa kematian kadang-kadang datang dengan begitu mudah. Izrail datang menjemput kita ketika kita sedang makan, minum kopi, menonton tv, ketawa..janji Allah itu benar..

Aku pelajari bahawa sesungguhnya jagalah hati, pancaindera..supaya tidak menyakiti orang-orang di sekeliling kita. Kerana kita hidup tidak lama. Jangan simpan dendam, memaafkan, kerana kita tidak tahu bilakah kita dan orang di sekeliling kita akan pergi...

Yang penting jaga lisan kita. Jangan suka berkata perihal orang lain dengan kejam seolah-olah mereka tidak ada perasaaan. Sepertinya hanya kita sahaja yang betul sedangkan mereka tidak.

Jagalah solat, kerana itulah pembela kita ketika kita disoal oleh mungkar dan nakir. Amalkan baca surah Al-Mulk, insyaallah, ianya akan menjadi peguambela kita ketika di alam barzakh nanti..(terima kasih pada seorang kakak yang memberitahukan pada aku tentang kelebihan surah ini secara tidak sengaja ketika dia mencari buku di office aku : my previous office : research)) aku berharap supaya Allah memberikan dia rahmat dan dia berada di dalam lindunganNYA selalu.

Apapun, kematian itu pasti,

An Nisaa:

078. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?

Al An’aam:

002. Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).

Al Munaafiquun:

010. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

011. Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Al Ankabuut:

057. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Az Zumar:

030. Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).

Akhir sekali, banyakkan sedekah amal jariah kerana ianya akan memanjangkan pahala kita sehingga ke hari pembalasan..wallahhu'alam.. namun, ketika tangan kanan kita memberi, biarlah sehingga tangan kiri pun tidak mengetahui..

Al-Fatihah buat semua saudara-saudaraku yang telah pergi terdahulu menemui Illahi..Semoga roh kalian semua dicucuri rahmat dari ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan kekal abadi selamanya..biarlah kita hidup dengan islam dan dimatikan tetap dengan islam, Bersaksi : "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah"

Ikhlas dari hati,

Juwita Maya : 11.00 pagi

semasa bertemu ion negatif


Aku tak tahulah, aku tulis posting ni pun sebab nak legakan perasaan sendiri..dan sebab itulah cik ungu ni wujud kot...so, sape2 yang tak suke baca aku luahkan perasaan aku di sini tolong jangan baca..aku tak paksa pun orang baca, malah aku tak pernah langsung blogwalking ke, tinggalkan jejak ke kat blog orang suruh visit balik..aku buat blog pun sebab aku rasa dengan menulis sahaja aku dapat melegakan tekanan..

aku tak tahulah naper, aku jumpa dia, aku senyum, tapi dia masam..aku tak tahulah, yang buat salah pada aku adalah dia, yang mengganggu perasaan aku adalah dia, yang tak hormat aku adalah dia tapi kenapa dia sombong pada aku??? aku rasa mungkin dia malu tapi seperti yang aku beritahukan, aku maafkan dia, kerana Allah SWT pun ampunkan hamba-hambaNYA..

tajuk posting ni pun aku hentam jer apa yang terlintas di fikiran aku..aku mohon Allah berikan kekuatan pada aku kerana bukan senang aku nak lupakan apa yang dia dah buat pada aku.

aku dah penat....aku dah boring ...aku nak tidur jap kat surau babai...

Diriku bukan diriku.. :)


** amaran : sekiranya ada sesetengah pembaca yang allergic dengan posting org yg bercerita tentang fesyen dan gaya diri sendiri, diminta tidak meneruskan pembacaan kerana dikhuatiri anda akan termuntah hijau tahap kronik** :P

Ada benda nak cerita sedikit.. aku ada sikit masalah..masalah yang taklah sebesar masalah dato seri najib cuma sedikit sahaja masalah..masalah manja-manja ..nggeee..

Aku sebenarnya suka sangat tengok baju dan gaya yang cantik, perempuan yang cantik dan apa sahaja yang cantik..( lelaki tak bole tengok, dosa heheheh poyos nyer..)

aku pun kadang2 cuba nak bergaya macam mereka..tapi....

aku harus akui, aku tidak suka berpakaian fancy2 (walaupun menutup aurat)
aku tidak suka berkasut tumit tinggi
aku tidak suka memakai lipstik dan eye shadow pelbagai warna
aku menyampah dengan fesyen tudung hana tajima walaupun bagi org lain cantik..

aku sentiasa akan berasa selesa bila aku menjadi diri aku..berpakaian sederhana, berkasut tidak bertumit, bertudung macam biasa..aku harus akui itu, aku tak selesa dengan fesyen-fesyen, aku lebih suka menjadi diri aku..tidak perlu lipstik kaler nude, smokey eyes yang menggoda (kononnya) sebab bila aku cuba pakai semua tu aku tak selesa...

aku lebih selesa jadi diri aku yang simple.. :)

kerana diriku bergitu berharga! ececeh... :P

Malu


malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*
malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*
malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*
malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*

malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*malu*
malu*malu*malu*malu*malu*malu*

hari ni ada kejadian yang sangat memalukan berlaku...aku tak leh cerita kat sini sebab malu huhu~~ uhuk2... ***blushing**

kalau dah gatal tangan.. ..

malam ni aku x de kerja..tak tahu nak buat apa then, cuba2 la tukar template cik ungu ini..last2 jadi cam ntah apa2 jer muka cik ungu ni...aduh..honestly aku cakap aku x suka muka cik ungu yang baru ni..nak wat cam asal balik dah x ingat..oh well...sori cik ungu..itulah penangan nya dari org yg xde kerja cari kerja huhu~~

p/s : i miss the old Cik Ungu looks :)

Biarlah.. ..


sebenarnya dalam kehidupan millenium ini, kita tidak boleh layankan sangat perkara-perkara remeh yang memeningkan kepala kita sendiri.. benda-benda yang menyakitkan mata dan telinga kita. Pancaindera kurniaan Illahi ini bukan untuk disalahgunakan tetapi untuk digunakan dengan sebaiknya dan membawa manfaat kebaikan kepada orang lain.

biarlah.. apa saja persepsi seseorang terhadap kita, kita perlu terima dengan fikiran positif..positif..positif..positif..positif..

anti baju kurung


Masa dulu-dulu, aku sangat anti ngan baju kurung. Baju kurung sana, baju kurung sini. Aku rasa pakai baju kurung aku rasa terkurung. Dulu masa sekolah wajib berbaju kurung. Aku rasa panas sangat. Kalau waktu assembly rasa annoying giler ngan baju kurung. Kalau gi kenduri mak mesti membebel suruh aku pakai baju kurung. Mak sangat rajin menempah baju kurung aku. Tak ketinggalan setiap fesyen yang ada. Baju kurung kedah, baju kebaya, baju kurung pahang, bla..bla..bla.. tapi kesudahannya, baju-baju itu sepi di dalam almari .... hai baju kurung...musuh sangat ekk aku dengan kamu huhu~~

Tapi... ... nampaknya benci aku tidak lama kerana masuk sahaja ke alam pekerjaan, baju kurung pakaian penyelamat. Kalau dah buntu tak tahu nak pakai apa baju kurung adalah penyelesaiannya sehinggalah ketika aku mengambil keputusan 'berhijrah' , baju kurung adalah pakaian wajib aku.

Persepsi aku terhadap baju kurung sudah berubah 100%.

Dulu mengikut pandangan aku, baju kurung adalah satu jenis baju yang agak old fashion, meleret dan panas. Aku seakan dihukum apabila diminta untuk memakai baju kurung.

Aku rasa baju kurung hanyalah baju untuk orang-orang gemuk dan buncit. Pakaian orang-orang tua yang beranak pinak. walaupun ramai jugak orang muda pakai baju kurung yang jarang2 dan ala2 vogue, aku tetap rasa baju kurung ni ketinggalan zaman.

Tapi sekarang, hari-hari aku pakai baju kurung ke tempat kerja. Nampaknya apa2 yang aku fikir dulu dah kena ke batang hidung aku balik. Baju kurung rupanya banyak keistimewaan.

Baju kurung adalah baju yang tidak pernah ketinggalan zaman. Sepanjang musim, baju kurung tetap unggul. Kalau dilihat satu masa dulu, kita dibanjiri dengan baju kebarung, kebaya nyonya, kurung moden, tapi baju kurung nan tradisional sentiasa dipakai. Masa dulu aku pelik. Kenapa dalam byk2 baju orang suke pakai baju kurung?

Baju kurung menutupi kekurangan.
Baju kurung melambangkan kesopanan
Baju kurung sentiasa segar dan mencantikkan pemakainya.

Aku pernah buat kajian sendiri dengan bertanyakan pada beberapa orang kenapa mereka suka berbaju kurung?

Antara jawapan yang aku dapati, baju kurung selesa, boleh dipakai di mana saja kerana ianya fesyen sepanjang zaman, pakaian penyelamat untuk ke majlis2..

Hmph..ye, nampaknya aku tersilap kerana menyatakan baju kurung adalah baju rumah-rumah kenduri dan baju pergi melawat orang mati. Memikirkan baju kurung hanya baju mak cik-mak cik dan baju orang gemuk dan buncit.,

Terus persepsi ini aku buang dan sekarang aku cintakan baju kurung. Aku ada banyak baju kurung. Betullah kata mak dulu, jangan benci2 nanti dicari2 huhu~~

(Baju kurung aku dah suke tapi kasut tumit tinggi masih aku anti sampai sekarang ini..oh well..::)

p/s : Posting ini ditulis ketika aku dalam perjalanan mengambil tempahan baju kurung yang baru :P

Mampukah aku jadi seperti Sumayyah?



Aku bukanlah pakar dalam sejarah islam. Aku cuma suka membaca sejarah islam. Dalam tahun 2008, aku ada membaca dan sangat tersentuh dengan kisah seorang serikandi islam pertama yang syahid bernama Sumayyah.. Di sini aku lampirkan kisah sumayyah yang aku dapati dari dalam internet.

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Namun, apa yang ingin aku kupaskan di sini bukanlah sedalamnya kisah ini tetapi, aku cuba meletakkan diri aku sekiranya aku diuji seperti Sumayyah....

Aku terfikir di satu hari sebelum tidur, adakah aku boleh jadi seperti Sumayyah jikalau itu terjadi padaku? Jikalau nyawa sudah berada di hujung tombak, relakah aku syahid demi meraih syurga dambaan insan yang bertaqwa? Di kala nyawa anak dan suami menjadi taruhan relakah aku mati demi mempertahan kan cintaku kepada Allah?

Alangkah mulianya hatimu Sumayyah, engkau langsung tidak takut pada sebuah kematian kerana kau yakin dengan syurga yang menantimu.. Aku terasa ingin sekali tahu apakah yang berada di fikiranmu saat mereka ingin mengambil kerja tuhan, mengambil nyawamu dengan kejam.

Betapa kuatnya hati wanitamu Sumayyah, tekad dengan peganganmu..dunia bukan dambaan mu kerana syurgalah matlamatmu..

Dalam kehidupan sehari2 yang aku lalui, dugaan yg aku hadapi tidaklah sehebat sumayyah..
Airmata yang selalu aku keluarkan kerana hebatnya cubaan.. namun Sumayyah langsung tidak menangis dengan cubaan yang Allah SWT timpakan kepadanya..

Sumayyah wanita kuat! Wanita yang berani. Mungkin aku tidak mampu jadi sepertinya namun aku boleh mengambil semangatnya. Semoga dirimu tenang di sana Sumayyah! Al-Fatihah.



Gambar sekadar hiasan





" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"