Pada yang ada dalam diri (HATI)


Hatiku....Telah jerih aku katakan padamu bahawa aku perlu mengawalmu...membersihkanmu...dari segala kekotoran dan noda..dari segala palitan dosa..

Hatiku...penat sungguh aku cuba menjauhkanmu..dari segala prasangka...dusta dan fitnah dunia semata-mata..aku mahu kau sentiasa bersih dan terpelihara...jangan engkau hitam legam berkarat dek dosa-dosa dan palitan nafsu syaitan semata..

Hatiku..maafkanlah sekelilingmu..yang menyakitkanmu..yang menyiat2 ketenanganmu, yang mengoyak-ngoyak segala sukamu..mereka insan biasa...mereka juga mempunyai sesuatu sepertimu di dalam diri mereka. Hatiku...aku tahu kadang-kadang kau benci dengan kelakuan mereka..dengan hati mereka...tapi tolonglah hatiku....maafkanlah mereka...



ku temui diri setelah berhijab..

Sebelum kuteruskan coretan ini, biarlah aku katakan pada diri sekali lagi bahawa dengan adanya tajuk dia atas bukanlah bermakna aku ini manusia dan wanita yang sempurna. Aku juga pernah melakukan dosa dan belum pasti samaada ALLAH S.W.T telah mengampunkan..aku berserah..menyerahkan diri ini semata-mata kepada ALLAH..

Sebelum ini, aku tidak berhijab. Aku jahil dengan duniaku sendiri. Mungkin ketika itu aku muda dan leka dengan fesyen2 dan kecantikan duniawi ini. Persekitaran yang tiada kongkongan…aku gembira dengan diri aku…aku bangga dengan rupa dan tubuhku. Aku lupa bahawa semua itu pinjaman semata. Allah lah yang memiliki segala kesempurnaan dan seluruh alam semesta.

Namun, di sebalik semua itu, ada sesuatu yang amat mengganggu..aku sering merasa resah ketika ingin melangkah keluar dari rumah. Aku malu tapi mahu juga keluar dengan rupa yang seperti itu. Aku risau namun tidak pernah hirau dengan perasaan itu. Aku marah dengan kritikan2 manusia sekeliling namun aku pasrah..kenapa? kenapa?

Sehinggalah pada suatu hari..YA ALLAH, aku bersyukur dengan segala cubaan dan ujian yang KAU timpakan padaku suatu ketika dahulu. Demi kerana ujian itulah aku mengambil keputusan untuk menutup kepalaku, menyembunyikan segala kecantikan hiasan duniaku. Aku masih ingat di malam itu, sebelum aku mengambil keputusan itu, aku menangis semahu-mahunya. Aku mengadu segalanya padaMU Ya Allah..Aku telah lama melupakanMU..Aku tidak malu denganMU..Tuhan yang memberikan segala kesenangan kepadaku di dunia ini. Pasrah dan berserah pada segalanya…Aku perlu mengubah diriku..Ya! pertama sekali yang perlu aku lakukan ialah berhijrah! Aku perlu memakai Hijab! 1 Ramadhan 2005..permulaan bagi segalanya…penghijrahan yang sehingga kini memberi ketenangan. Berkat di Ramadhan yang mulia. Terima Kasih YA ALLAH atas segala kasih sayang-MU.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur ayat 31)

Hijab membuatkan diriku tenang…membuatkan aku yakin dengan diri..aku masih cantik walaupun berhijab. Malah aku terasa lebih istimewa dan selamat. Aku mengakuinya..dengan berhijab, aku menjadi manusia yang lebih sabar dan bersyukur. Aku tidak perlu risau pada peredaran gaya dan fesyen sepanjang zaman. Aku memahami akan ayat2 di atas ini. Aku bangga dilahirkan sebagai seorang muslim. Dan aku berharap ALLAH akan mengampunkan dosa2 ku.

Aku bersyukur dengan Al-Quran. Aku merasa amat tenang. Aku punya lebih kekuatan,kesabaran, Oh…terlalu indahnya Islam..terlalu indahnya agama yang diredhaiMU ini YA ALLAH..



"Wanita Hiasan Dunia..Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"

AMIN...














" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"