Jangan dilayan...jangan disimpan..jangan difikirkan..


Emak selalu menasihatkan, bahawa setiap perasaan amarah, benci, dendam dan sakit hati tidak perlu disimpan di dalam hati..kelak hati akan menjadi hitam dan terpancar di wajah.. Pada masa dahulu aku langsung tidak mahu memahami apa yang emak maksudkan..aku hanya tahu marah..marah..marah!. Tapi sejak aku punyai keluarga dan tanggungjawab sendiri barulah aku mengerti bahawa semua nasihat emak sangat berguna untuk dipraktikkan. Emak sudah pun mengetahui segalanya bahawa di hadapan aku ada ranjau dan onak duri yang perlu aku jelajahi..ada badai dan ombak yang perlu aku harungi. Segala kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Segala kepahitan amatlah perlu dilihat dari berbagai sudut. Kesabaran tunggak utama untuk menjalani hidup yang sangat mencabar di bumi ALLAH ini..




Lihatlah betapa kerdilnya kita umat manusia di muka bumi ini..kita tidak mampu mengubah segala ciptaan yang maha ESA. Jadi mengapa harus kita mendedami manusia yang sama sekali dijadikan ALLAH seperti kita? Mengapa kita perlu marah pada manusia yang juga ada perasaan seperti kita? mereka juga punya kelemahan, mereka juga punya kelebihan. Mungkin mereka agak berjaya dari kita tapi kita perlu tahu bahawa itu REZEKI mereka..Kalau kita diberi kelebihan oleh ALLAH menjadi orang yang lebih mulia dan bahagia dari orang lain kita perlu ingat bahawa ALLAH berikan kita REZEKI..Kita semua SAMA di sisi ALLAH..tidak ada orang yang kaya dan miskin di sisi ALLAH kecuali orang yang buruk atau baik amalnya..




Jadi, kita tidak perlu menjadi manusia yang bongkak dan sentiasa dikaburi dengan segala perasaan..kawallah dengan hati dan akal yang telah ALLAH kurniakan kepada kita kerana kitalah sebaik-baik kejadian. Cubalah mengawal segala sikap negatif itu dengan segala cara yang ada..jangan dilayan,disimpan dan difikirkan segala macam benda yang mengganggu kita..segala kata-kata yang menghiris hati kita..ingatlah bahawa memaafkan itu menenangkan..saya tidak menunding pada sesiapa kerana artikel ini saya tujukan untuk semua..termasuk diri saya yang lemah.

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"