aku kecil, ayah...ibu..

ayah...ibu...
suaraku kecil...aku haus...
baru sebentar aku dilahirkan..namun mengapa aku dibiarkan di tepi hutan, di dalam sungai, tidak mungkinku dapat menjerit pinta pertolongan..aku cuma mendambakan setitis susumu ibu...

ayah...ibu...
jari jemariku kecil...
aku tidak bisa menangkis serangan semut, lalat dan adakalanya anjing yang menggigitku..aku takut ayah...aku takut ibu....sakit..ibu...

ayah...ibu...
kakiku kecil...
aku tidak mampu berjalan malahan berdiri...untuk mencarimu wahai ayah dan ibuku...
apatah lagi berlari untuk merayu dan melutut supaya jangan tinggalkan aku di situ...

ayah...ibu...
hidungku kecil...aku ingin bernafas di bumi ALLAH ini... telahku dengar segala keindahan dan kemeriahan dunia ini ketika di dalam rahim mu...kenapa ayah...kenapa ibu...tidakkah aku boleh bernafas seperti kamu???

ayah...ibu...
badanku kecil.....aku belum sedia untuk hadapi saat sukar itu...aku perlu kasih sayang..aku perlu sentuhan dan belaian lembutmu ayah..ibu...

ayah...ibu....
aku masih kecil....kenapa aku mesti dihumbankan ke situ????

Jangan dilayan...jangan disimpan..jangan difikirkan..


Emak selalu menasihatkan, bahawa setiap perasaan amarah, benci, dendam dan sakit hati tidak perlu disimpan di dalam hati..kelak hati akan menjadi hitam dan terpancar di wajah.. Pada masa dahulu aku langsung tidak mahu memahami apa yang emak maksudkan..aku hanya tahu marah..marah..marah!. Tapi sejak aku punyai keluarga dan tanggungjawab sendiri barulah aku mengerti bahawa semua nasihat emak sangat berguna untuk dipraktikkan. Emak sudah pun mengetahui segalanya bahawa di hadapan aku ada ranjau dan onak duri yang perlu aku jelajahi..ada badai dan ombak yang perlu aku harungi. Segala kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Segala kepahitan amatlah perlu dilihat dari berbagai sudut. Kesabaran tunggak utama untuk menjalani hidup yang sangat mencabar di bumi ALLAH ini..




Lihatlah betapa kerdilnya kita umat manusia di muka bumi ini..kita tidak mampu mengubah segala ciptaan yang maha ESA. Jadi mengapa harus kita mendedami manusia yang sama sekali dijadikan ALLAH seperti kita? Mengapa kita perlu marah pada manusia yang juga ada perasaan seperti kita? mereka juga punya kelemahan, mereka juga punya kelebihan. Mungkin mereka agak berjaya dari kita tapi kita perlu tahu bahawa itu REZEKI mereka..Kalau kita diberi kelebihan oleh ALLAH menjadi orang yang lebih mulia dan bahagia dari orang lain kita perlu ingat bahawa ALLAH berikan kita REZEKI..Kita semua SAMA di sisi ALLAH..tidak ada orang yang kaya dan miskin di sisi ALLAH kecuali orang yang buruk atau baik amalnya..




Jadi, kita tidak perlu menjadi manusia yang bongkak dan sentiasa dikaburi dengan segala perasaan..kawallah dengan hati dan akal yang telah ALLAH kurniakan kepada kita kerana kitalah sebaik-baik kejadian. Cubalah mengawal segala sikap negatif itu dengan segala cara yang ada..jangan dilayan,disimpan dan difikirkan segala macam benda yang mengganggu kita..segala kata-kata yang menghiris hati kita..ingatlah bahawa memaafkan itu menenangkan..saya tidak menunding pada sesiapa kerana artikel ini saya tujukan untuk semua..termasuk diri saya yang lemah.

Hakikat itu pahit...


Apabila aku fikirkan mengenai hakikat dan realiti, aku mengakui sedikit sebanyak akalku mencanai setiap perkataan itu sedalamnya. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pernyataan ini kerana tidak mungkin semua hakikat itu pahit..aku melihatnya dari berbagai sudut. Kenyataan yang pahit sememangnya amat menyakitkan. Bertanya pada yang mengalaminya, mereka mengatakan bahawa luka di jari tidak sesakit luka di hati. Luka di hati lebih pedih dan menyakitkan. Aku mengakuinya. Aku menyedarinya. Lalu aku merawatnya dengan kekuatan iman dan hati. Menyimpan dendam tidak menyelesaikan segalanya. Memaafkan amat menenangkan. Seseorang yang pemaaf adalah seorang yang kuat. Seorang yang menang dalam pertarungan perasaannya sendiri. Kerana tidak mudah merawat hati yang parah. Ubatnya hanyalah memaafkan...


hari ini....


..hari ini..aku mula menulis di dada blog ini..mencuri sedikit waktu untuk memberitahu bahawa aku perlu menulis di sini..aku tidak pandai bercerita perihal apa saja yang terbuku di hati..aku perlu menyesuaikan segala-galanya di sini..bercerita segalanya di sini..di dada blog yang tidak seberapanya ini..aku tidak pandai bermadah pujangga tapi aku punya hati dan perasaan..aku tidak rela diri aku dipijak dan dipersenda..kesabaran adalah kekuatan.. aku yakin pada kkekuatan hati dalam mengawal segalanya..aku yakin pada hati..aku yakin pada diri...
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"