...membuat kEpUtusan..tanpa perlu adanya KePuTusAsaan..



Beginilah aku...sehari-hari aku...




memang pedih bila perlu membuat satu satu keputusan tanpa adanya keputus asaan...


Mengapa tanpa adanya keputus asaan? kerana keputusan ini sangat besar dan beri kesan..bermonolog di dalam aku, hanya nafas kesalan yang terukir...




mengapa aku perlu kesal?? kerana tempat itu bukan milikku lagi..tempat itu penuh darah dan nanah...tempat itu perlu ku tinggalkan, demi darah dan daging yang masih merah, untuk ku titip dengan keberkatan, kasih sayang, dengan lembutnya pengorbanan supaya tidak kerasnya hati, tidak kasarnya budi..






Merenung setiap titik-titik silam yang penuh duri, aku ingin lari dari menjadi sebahagian lagi dari episod kelam dan kotor.. aku yang mencemari setiap nikmat yang diberi, aku yang menuang ke tanah setiap inci kasih sayang yang terukir molek di sini..








Ianya terlalu PAHIT.....


entah mengapa, entah mengapa aku terlalu ingin menulis setiap satunya di sini sedangkan ianya sangat PAHIT untuk ku kenang.. Sangat PEDIH untuk aku ingatkan..

Wahai jiwaku yang lemah.., wahai hatiku yang sedih.., wahai nafsuku yang parah, wahai mataku yang basah.., apakah ada sisa ketenangan untukku? setelah aku menzalimi diri aku sendiri? setelah aku meragut setiap ketenangan di dalam diriku?? aku jahil YA ALLAH...Aku jahil sebagai seorang hamba-MU..

..... .... aku mencari semula kekuatan...


TAHAJJUD CINTA


Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga..


Kau datang ketika duka

dan bintang bercahaya

tunjukku ke jalan syurga..


Ku haus di tengah laut

lemas mencari tempat berpaut

kirimkan aku kekuatan

serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira

perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali

yang suci dari hina dan benci..


Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak cinta yang ku damba

tiada yang sempurna

hanyalah fana..


Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahyatunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam

memecah dendam yang lama diam

ku tanggalkan baju dunia

dakapku dengan selimut syurga..


Ya Tuhanku hanya padamu

tempat mengadu segala rindu

limpahi ku rahmat kasihmu


dalam tahajjud cinta.. ..



Kerana Kasih SayangMU






Subahanallah

Alhamdulillah

Lailahailallah

Allahuakbar




Entah apa yang meruntuku untuk menulis sesuatu seperti ini..segalanya tidak stabil di tika ini..Entah bagaimana harusku mulakan setiap detik-detik sukar dan menakutkan yang aku hadapi kini...sehingga hari ini..


YA ALLAH, berikan aku kekuatan untuk ters mengetuk setiap kekunci, untuk ku coret di sini..setiap denyutan itu menginsafkanu..setiap gerakan menakutkan itu menyedarkanku bahawa telah lama aku tidak membersihkan hatiku..menyucikan jiwaku..dengan zikrullah..memuliakanMU..


Terima kasih YA ALLAH dengan cubaan dan dugaan ini..


Ya! Aku masih takut jikalau kurangnya masaku untuk terus mengagungkanMu, Jauhnya aku dari kasih sayangMU..Sehingga kini denyutan demi denyutan itu masih terasa dan ampunkan aku YA ALLAH jikalau denyutan itu sebenarnya sangat menakutkanku..


Aku insan yang lemah..


Aku insan yang rapuh..


Aku sebenarnya sangat takut dengan setiap dosa-dosaku..Ampunkan aku YA ALLAH..Bantulah aku YA ALLAH..Aku merayu..aku terus merayu...walaupun aku tidak layak memintanya dariMU..


"Aku tidak layak ke Syurga-Mu..Tapi aku tak sanggup ke Neraka-MU YA ALLAH"..


Lalu bagaimana lagi harus ku cari kekuatan? Pada siapa harus ku mengadu? Siapa yang dapat beriku ketenangan??


ALLAH yang Maha Mendengar


ALLAH yang Maha Pemurah


ALLAH yang Maha Mengasihani


ALLAH yang menguasai Langit dan Bumi..


Benar! Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaan-NYA..

Ku renung wajah maluku di hadapan cermin, ku tafsir hati satu persatu, mencari erti perasaan ini..aku pasrah..dan berserah...



Hijrah.........

"Bismillahhirrahmannirrahim..."


Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Mengasihani..


Ku pohon coret di sini...Di dada Blog nan bisu ini..


Untuk ku hamburkan segala suka...untukku titip setiap duka..


aku hanya insan hina..yang bergelumang dosa..


Namun, kalaulah coretan demi coretan ini boleh membersihkan dosa, ingin aku tulis walau untuk seribu tahun lagi...


Dan......kalaulah aku tidak melakukan kesilapan itu, mungkin aku tidak perlu menangis begini....

Pada yang ada dalam diri (HATI)


Hatiku....Telah jerih aku katakan padamu bahawa aku perlu mengawalmu...membersihkanmu...dari segala kekotoran dan noda..dari segala palitan dosa..

Hatiku...penat sungguh aku cuba menjauhkanmu..dari segala prasangka...dusta dan fitnah dunia semata-mata..aku mahu kau sentiasa bersih dan terpelihara...jangan engkau hitam legam berkarat dek dosa-dosa dan palitan nafsu syaitan semata..

Hatiku..maafkanlah sekelilingmu..yang menyakitkanmu..yang menyiat2 ketenanganmu, yang mengoyak-ngoyak segala sukamu..mereka insan biasa...mereka juga mempunyai sesuatu sepertimu di dalam diri mereka. Hatiku...aku tahu kadang-kadang kau benci dengan kelakuan mereka..dengan hati mereka...tapi tolonglah hatiku....maafkanlah mereka...



ku temui diri setelah berhijab..

Sebelum kuteruskan coretan ini, biarlah aku katakan pada diri sekali lagi bahawa dengan adanya tajuk dia atas bukanlah bermakna aku ini manusia dan wanita yang sempurna. Aku juga pernah melakukan dosa dan belum pasti samaada ALLAH S.W.T telah mengampunkan..aku berserah..menyerahkan diri ini semata-mata kepada ALLAH..

Sebelum ini, aku tidak berhijab. Aku jahil dengan duniaku sendiri. Mungkin ketika itu aku muda dan leka dengan fesyen2 dan kecantikan duniawi ini. Persekitaran yang tiada kongkongan…aku gembira dengan diri aku…aku bangga dengan rupa dan tubuhku. Aku lupa bahawa semua itu pinjaman semata. Allah lah yang memiliki segala kesempurnaan dan seluruh alam semesta.

Namun, di sebalik semua itu, ada sesuatu yang amat mengganggu..aku sering merasa resah ketika ingin melangkah keluar dari rumah. Aku malu tapi mahu juga keluar dengan rupa yang seperti itu. Aku risau namun tidak pernah hirau dengan perasaan itu. Aku marah dengan kritikan2 manusia sekeliling namun aku pasrah..kenapa? kenapa?

Sehinggalah pada suatu hari..YA ALLAH, aku bersyukur dengan segala cubaan dan ujian yang KAU timpakan padaku suatu ketika dahulu. Demi kerana ujian itulah aku mengambil keputusan untuk menutup kepalaku, menyembunyikan segala kecantikan hiasan duniaku. Aku masih ingat di malam itu, sebelum aku mengambil keputusan itu, aku menangis semahu-mahunya. Aku mengadu segalanya padaMU Ya Allah..Aku telah lama melupakanMU..Aku tidak malu denganMU..Tuhan yang memberikan segala kesenangan kepadaku di dunia ini. Pasrah dan berserah pada segalanya…Aku perlu mengubah diriku..Ya! pertama sekali yang perlu aku lakukan ialah berhijrah! Aku perlu memakai Hijab! 1 Ramadhan 2005..permulaan bagi segalanya…penghijrahan yang sehingga kini memberi ketenangan. Berkat di Ramadhan yang mulia. Terima Kasih YA ALLAH atas segala kasih sayang-MU.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur ayat 31)

Hijab membuatkan diriku tenang…membuatkan aku yakin dengan diri..aku masih cantik walaupun berhijab. Malah aku terasa lebih istimewa dan selamat. Aku mengakuinya..dengan berhijab, aku menjadi manusia yang lebih sabar dan bersyukur. Aku tidak perlu risau pada peredaran gaya dan fesyen sepanjang zaman. Aku memahami akan ayat2 di atas ini. Aku bangga dilahirkan sebagai seorang muslim. Dan aku berharap ALLAH akan mengampunkan dosa2 ku.

Aku bersyukur dengan Al-Quran. Aku merasa amat tenang. Aku punya lebih kekuatan,kesabaran, Oh…terlalu indahnya Islam..terlalu indahnya agama yang diredhaiMU ini YA ALLAH..



"Wanita Hiasan Dunia..Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"

AMIN...














aku kecil, ayah...ibu..

ayah...ibu...
suaraku kecil...aku haus...
baru sebentar aku dilahirkan..namun mengapa aku dibiarkan di tepi hutan, di dalam sungai, tidak mungkinku dapat menjerit pinta pertolongan..aku cuma mendambakan setitis susumu ibu...

ayah...ibu...
jari jemariku kecil...
aku tidak bisa menangkis serangan semut, lalat dan adakalanya anjing yang menggigitku..aku takut ayah...aku takut ibu....sakit..ibu...

ayah...ibu...
kakiku kecil...
aku tidak mampu berjalan malahan berdiri...untuk mencarimu wahai ayah dan ibuku...
apatah lagi berlari untuk merayu dan melutut supaya jangan tinggalkan aku di situ...

ayah...ibu...
hidungku kecil...aku ingin bernafas di bumi ALLAH ini... telahku dengar segala keindahan dan kemeriahan dunia ini ketika di dalam rahim mu...kenapa ayah...kenapa ibu...tidakkah aku boleh bernafas seperti kamu???

ayah...ibu...
badanku kecil.....aku belum sedia untuk hadapi saat sukar itu...aku perlu kasih sayang..aku perlu sentuhan dan belaian lembutmu ayah..ibu...

ayah...ibu....
aku masih kecil....kenapa aku mesti dihumbankan ke situ????

Jangan dilayan...jangan disimpan..jangan difikirkan..


Emak selalu menasihatkan, bahawa setiap perasaan amarah, benci, dendam dan sakit hati tidak perlu disimpan di dalam hati..kelak hati akan menjadi hitam dan terpancar di wajah.. Pada masa dahulu aku langsung tidak mahu memahami apa yang emak maksudkan..aku hanya tahu marah..marah..marah!. Tapi sejak aku punyai keluarga dan tanggungjawab sendiri barulah aku mengerti bahawa semua nasihat emak sangat berguna untuk dipraktikkan. Emak sudah pun mengetahui segalanya bahawa di hadapan aku ada ranjau dan onak duri yang perlu aku jelajahi..ada badai dan ombak yang perlu aku harungi. Segala kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Segala kepahitan amatlah perlu dilihat dari berbagai sudut. Kesabaran tunggak utama untuk menjalani hidup yang sangat mencabar di bumi ALLAH ini..




Lihatlah betapa kerdilnya kita umat manusia di muka bumi ini..kita tidak mampu mengubah segala ciptaan yang maha ESA. Jadi mengapa harus kita mendedami manusia yang sama sekali dijadikan ALLAH seperti kita? Mengapa kita perlu marah pada manusia yang juga ada perasaan seperti kita? mereka juga punya kelemahan, mereka juga punya kelebihan. Mungkin mereka agak berjaya dari kita tapi kita perlu tahu bahawa itu REZEKI mereka..Kalau kita diberi kelebihan oleh ALLAH menjadi orang yang lebih mulia dan bahagia dari orang lain kita perlu ingat bahawa ALLAH berikan kita REZEKI..Kita semua SAMA di sisi ALLAH..tidak ada orang yang kaya dan miskin di sisi ALLAH kecuali orang yang buruk atau baik amalnya..




Jadi, kita tidak perlu menjadi manusia yang bongkak dan sentiasa dikaburi dengan segala perasaan..kawallah dengan hati dan akal yang telah ALLAH kurniakan kepada kita kerana kitalah sebaik-baik kejadian. Cubalah mengawal segala sikap negatif itu dengan segala cara yang ada..jangan dilayan,disimpan dan difikirkan segala macam benda yang mengganggu kita..segala kata-kata yang menghiris hati kita..ingatlah bahawa memaafkan itu menenangkan..saya tidak menunding pada sesiapa kerana artikel ini saya tujukan untuk semua..termasuk diri saya yang lemah.

Hakikat itu pahit...


Apabila aku fikirkan mengenai hakikat dan realiti, aku mengakui sedikit sebanyak akalku mencanai setiap perkataan itu sedalamnya. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pernyataan ini kerana tidak mungkin semua hakikat itu pahit..aku melihatnya dari berbagai sudut. Kenyataan yang pahit sememangnya amat menyakitkan. Bertanya pada yang mengalaminya, mereka mengatakan bahawa luka di jari tidak sesakit luka di hati. Luka di hati lebih pedih dan menyakitkan. Aku mengakuinya. Aku menyedarinya. Lalu aku merawatnya dengan kekuatan iman dan hati. Menyimpan dendam tidak menyelesaikan segalanya. Memaafkan amat menenangkan. Seseorang yang pemaaf adalah seorang yang kuat. Seorang yang menang dalam pertarungan perasaannya sendiri. Kerana tidak mudah merawat hati yang parah. Ubatnya hanyalah memaafkan...


hari ini....


..hari ini..aku mula menulis di dada blog ini..mencuri sedikit waktu untuk memberitahu bahawa aku perlu menulis di sini..aku tidak pandai bercerita perihal apa saja yang terbuku di hati..aku perlu menyesuaikan segala-galanya di sini..bercerita segalanya di sini..di dada blog yang tidak seberapanya ini..aku tidak pandai bermadah pujangga tapi aku punya hati dan perasaan..aku tidak rela diri aku dipijak dan dipersenda..kesabaran adalah kekuatan.. aku yakin pada kkekuatan hati dalam mengawal segalanya..aku yakin pada hati..aku yakin pada diri...
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"